23 July 2009

T Dz

T Dz.. macam satu formula maths dalam control system pulak..

Ia adalah short form yang sebenarnya bermaksud

:Tarbiyah Dzatiyah:

taribyah dzatiyah bagi seorang dai itu sangat penting kerana ia menjadikan diri dai itu mampu bertahan dengan segala macam ujian.

seringkali didengari firman Allah dalam al-ankabut, (ayat ke 2) di mana Allah menyoal kembali, adakah seseorang akan dibiarkan berkata ia beriman padaNya, sedangkan Allah belum lagi menguji sejauh mana kebenaran pengakuannya.

Sebagai dai, ia membawa maksud yang lebih mendalam lagi.

Ini kerana, gerak langkah yang dipegang dan disisip rapi pada diri akan tampak dengan jelas di mata masyarakat sekeliling.

Jadi, sejauh mana diri ini mampu bertahan pada nama yang telah ia berbai'ah untuk pegang (dai), saat diuji dengan pelbagai macam cubaan dan ujian.

Jika disangka, apabila diri ini setuju untuk terjun ke dalam islam dengan sepenuhnya, meneruskan perjuangan risalah anbiya, sudah pasti semuanya akan menjadi lebih mudah buat diri, kerana berpegang pada janji Allah, di dalam surah Muhammad, ayat ke - 7, yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman!
Jika kamu menolong agama Allah,
nescaya Dia akan menolongmu
dan meneguhkan kedudukanmu."

Maka, sudah pasti salah tanggapan diri. Sememangnya janji Allah Taála itu pasti, namun, jika diri ini berbalik kepada seerah rasulullah s.a.w. apa yang dapat dilihat, biarpun rasullullah s.a.w. itu sangat Allah kasihi, namun, ujian2 yang menimpa baginda, sangat hebat, jika dibandingkan dengan ujian diri pada masa kini.

persoalan:
1. Bukankah rasulullah sangat2 berusaha menegakkan kalimatullah, namun mengapa baginda diuji?

Berbalik jauh lebih ke belakang lagi.

Jika dilihat, setiap pembawa risalah yang agung ini (messengers), tidak lari dari ditimpa ujian. Di dalam al-quran al-karim sendiri sudah cukup banyak menceritakan kisah2 mereka, dan bagaimana kentalnya mereka dalam menghadapi setiap cubaan itu.

Jadi, apa yang Allah maksudkan dalam firmanNya (47:7) itu?

lihat pula pada firmanNya yang bermaksud:
"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri.."(al-anfal:53)

pada hakikatnya, Allah itu memang boleh sahaja mengubah nasib diri dalam sekelip mata, malah lebih pantas lagi. Tetapi, mengapa Allah tidak jadikan ia berlaku?

(cth)
Tidakkah diri ini telah penat berusaha bersungguh2 dalam study..
tidak cukupkah pengorbanan diri ini beri dalam menyampaikan ma'rifatullah..
tidak ikhlaskah diri ini dalam setiap gerak laku..
bukankah sudah kering tekak diri meminta, doa pada Allah.. dll..

mungkin pernah terselit ungkapan2 persoalan ini dalam hati..

ketahuilah, Allah sudah berulang kali menenangkan hati2 para mu'min dan mu'minin yang sejati..
setiap ujian yang Allah turunkan itu, sememangnya mampu ditahan oleh penerimanya.. jika disangka ujian diri itu berat, maka, sebenarnya, ia ringan sahaja buat diri. dan kerana itu Allah turunkannya buat diri di sini, dan bukan buat mereka di sana..

hanya satu sahaja jawapan yang ada..

Kasih Allah pada seseorang itu, sebenar2nya mengapa seseorang itu diuji..

sifat Allah al-Wadud itu sangat2lah tinggi..
Allah rindu mendengar rintihan hamba2Nya..
Allah as-Shahid sangat2 rindu menyaksikan kegigihan usaha hamba2Nya..

andai suatu doa permintaan dari hambaNya itu dimakbulkan dengan cepat..

mungkin selepas itu, hambaNya itu tidak lagi berdoa denganNya..

tidak lagi berusaha gigih dalam kerja yang dibawa..
(sebab itu jugalah Allah menilai seseorang itu pada usaha, dan bukan pada natijah.. kerana usaha itu kerja dari diri, tapi natijah itu Allah yang beri)

dan yang lebih teruk lagi, riak dan ego dengan kejayaan yang dimiliki, walhal, sebenar2nya, Allah Taála itu yang memberikannya semua.

ini juga Allah sudah acapkali ingatkan sifat2 manusia, sifat2 diri..
lihat saja pada surah al-fajr, surah az-zumar..dll

Jadi, berbalik kepada asal.. bagaimana untuk pastikan diri ini mampu bertahan dengan ujianNya..aka lulus dengan jaya nya setiap ujian dari Allah Taála..?
Ini lah dimana tarbiyah dzatiyah mainkan peranan..

mungkin jika selama ini dirasakan cukup sekadar tarbiyah yang dapat dari usrah, pusat atau qiyadah..
namun, kebanyakkannya itu hanya taribyyah pengetahuan..tarbiyyah luaran
tarbiyah untuk jiwa itu sebenarnya bergantung kepada dzatiyah diri untuk merawat dan membekalkannya..

kerana manusia itu datang dan pergi.. namun diri ini tetap kan senantiasa hadir di sisi.. kerana diri ini milik yang Allah amanahkan buat diri sendiri..

inilah yang Allah maksudkan dalam firmanNya,
"wahai orang2 yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari bahan bakar api neraka..."
mungkin akan disalah fahami bahawa,
"dengan ini, x perlu la aku ambil kisah pasal hal orang lain.. lantak pi la diorg nk wat per pun.."

hoho... ni sudah menjadi satu tanggapan yang salah.. Apa yang Allah ingin ingatkan adalah supaya sentiasa waspada kan diri, jangan sampai melakukan perkara2 yang membawa murkaNya..

jika disangka, tidak perlu ambil kisah pasal sahabat2 kita..
lihat sahaja pada sabda rasulullah s.a.w..
"tidak beriman seseorang itu sehingga ia mengasihi saudaranya sebagaiman ia mengasihi dirinya sendiri.. "

jadi, kalau Allah S.W.T berfirman untuk kita menjaga diri dan keluarga, secara automatically , kita juga disuruh menjaga sahabat kita, yakni saudara seaqidah kita, sebagaimana kita menjaga diri kita.. dan bukan meninggalkan mereka..

di sinilah menjadi satu titian, sejauh mana kita benar2 berukhwwah itu kerana Allah..
pernah rasulullah bersabda, yang secara kasarnya, mengatakan, di akhirat kelak, akan ada sekumpulan manusia yang Allah 'special'kan mereka, sehingga jelas tergambar perbezaan antara mereka dan orang2 lain. dan mereka ini adalah mereka yang saling mencintai kerana Allah Táala...
tidakkah diri ini mahu dapat tempat special di sisi Allah...?

panjang lagi, tapi asyik lari dari tajuk jer.. (which mean, i should stop now)

kesimpulannya, tarbiyyah dzatiyah itu penting buat diri..

dan dari maksud dzatiyah itu sendiri, menjadi satu gerak buat diri untuk berusaha agar saudara, sahabat di sekeliling berusaha sebagaimana diri ini berusaha..
____________________________________________
p/s1: satu peringatan untuk diri penulis di sini..
p/s 2: not based from buku tarbiyah dzatiyah - in which pengertian sebenar memerlukan pembacaan buku tersebut

Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.