
nak jadi pelukis.. x reti nk lukis
nak jadi yang lain..
perlu kesungguhan dalam membaca, memahami dan mendalami..
semua itu tidak penting lagi buat diri
asalkan redha Ilahi berjaya dimiliki..
segala yang lain sudah tiada lagi erti buat diri disini
perlu untuk mencari ia sebaik mungkin sebelum diri dijemput pergi
dijemput untuk menghadapNya di hari muka nanti
apakah yang perlu dipersembahkan saat menghadapNya..
saat bekas amal yang dibawa dibuka..
berterbangan ia dihembus angin..
angin hadir kerana tiada papan ikhlas untuk menghalangnya
gerakkanya kencang setanding riak dalam setiap kerja di dunia
lantas.. tiada lagi yang mampu diberi pada Rabb saat bertemu kelak'
wajah dihurung, tidak sanggup bersemuka kerna malu padaNya
sewaktu roh bernafas di dalam jasad.. ia lari dariNya..
dan kini..
bila bertemu.. penyesalan seribu tiada lagi erti..
kerna itu..
perlu sedar akan ketibaan ajal maut itu tiada tanda
usahakan diri agar dijadikan setiap detik itu dalam amalan jua..
peringatan buat diri, yang semakin hari semakin jauh dari rahmat YangEsa..