30 March 2009

membawa deen pada pangkat seterusnya..

[Responding to The Call..]

Apabila seseorang memanggil nama diri, sudah pasti kita akan menjawab samada secara lisan mahupun dengan mengalihkan pandangan kita ke arah pemanggil itu..


Ia adalah perbuatan yang menjadi satu yang boleh dikatakan 'fitrah' bagi setiap makhluk yang bernyawa di dunya ini..lebih lagi pada kumpulan yang dikenali sebagai insán kerana jika dibandingkan dengan makhluk2 lain di muka bumi ini, insáni sudah terpilih untuk dikurniakan a'qal oleh Pencipta Alam Semesta..

Dan insan ini pula, tahap ketundukan pada panggilan itu juga bergantung kepada siapa pemanggilnya itu..
apabila yang memanggilnya itu adalah dari golongan yang tinggi, i.e. mereka yang mempunyai kedudukan yang tinggi pada pandangan manusia, sudah pasti lebih diutamai dan disegerakan menjawab panggilan tersebut; jika dibandingkan dengan panggilan orang2 biasa di sekitar..

Jadi, bagaimana pula kita..?

Cuba direflek kembali, selama ini, jika ada 2 orang yang memanggil kita pada masa yang sama; dimana salah satu darinya dari kawan kita, dan yang lagi satu itu panggilan guru kita.
Sudah pasti kita akan response terhadap panggilan guru, kerana pangkat guru itu tinggi jika dibandingkan dengan kawan sekelas kita. maka wajarlah sekiranya penghormatan yang lebih diberi pada guru..

Dan di sini..
ada satu panggilan buat kita semua dari satu darjat yang lebih tinggi, tiada tolak bandingannya..
Panggilan dari langit..
Panggilan kasih Ilahi pada setiap para hambaNya..

Tanyalah pada diri, adakah kita telah menjawab panggilan Yang Maha Esa..?

Panggilan darinya jauh lebih mulia, lebih berharga..
akan tetapi, kenapa agak sukar sekali untuk kita menjawab panggilan dariNya..?

Mungkin ada yang kebingungan, panggilan apakah yang diseru pada kita..?
Jika diri tidak tahu, mana mungkin diri dapat sahut pada panggilan itu..?

Lihatlah pada layaran sisipan dariNya buat kita..
Yakni, al-Quranul Karim yang Haq lagi nyata..
sejauh mana diri mendalami kalimahNya buat diri..?
sejauh mana diri membuktikan kasih diri pada Ilahi..?

Jika diteliti isi kalamullah al-karim itu, akan kita sedar.. setiap kandungan surah itu akan berbalik kepada satu dasar..memberi kesedaran pada insani di muka bumi, akan wujudnya satu kuasa mutlak, kuasa Ilahi..
dan acapkali Allah gariskan, secara langsung mahupun sebagai sisipan,
kita diperingatkan untuk menggapai tanggungjawab itu
iaitu untuk menyampai kebenaran..

Sekali lagi satu refleksi buat diri..
sejauh mana diri telah berusaha menyampaikan kebenaran dan mengajak padaNya..
adakah hanya sekadar dimasa senang dan lapang..
dan semasa dirasakan suasana ceria..dll..?

Ingatlah, ia bukan satu tugas yang Allah berikan sebagai tugasan masa lapang, aka hobi..
ia adalah tuntutan buat setiap mereka yang sudah bersaksi padaNya..

Jadi..
adakah diri sudah bersedia menyahut seruan Ilahi ?
persiapkanlah diri untuk melangkah ke peringkat deenul haq seterusnya..
___________________________
tribute to:
responding to the call by ziaullah khan..
Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.