13 February 2009

reminder!


أَيۡنَمَا تَكُونُواْ يُدۡرِككُّمُ ٱلۡمَوۡتُ

Di mana sahaja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu..


Sering kali kita lupa bahawa ajal itu bakal tiba pada bila-bila masa. ia adalah suatu yang jarang sekali boleh kita jangkakan.

Mungkin ada kematian itu hadir kerana sakit yang dialami.. sakit yang teruk, yang menandakan ajal sudah semakin menghampiri..ia memberi peluang untuk seseorang itu reflek diri apa yang telah dilakukan sepanjang hidupnya selama ini, dan bertaubat kerana tidak menggunakan hidup puluhan tahunnya itu untuk redhaNya

namun, tidak terjadi selalunya terjadi sedemikian
..
Kalau dilihat, sering kali tergambar di akhbar2 harian dan berita2 akan kemalangan yang berlaku.. yang mengambil, merampas ribuan nyawa insan di muka bumi..
ia bukan sesuatu yang dijangka.. ia terjadi dengan kehendakNya, dengan kuasaNya

dan Allah sering mengingatkan akan kematian pada para hambaNya dengan kejadian kemalangan yang tidak disangka-sangka..

kita yang tidak terlibat pada mana-mana kemalangan itu patut bersyukur pada Allah, kerana mengingatkan kita kembali untuk muhasabah dan perbaiki diri dengan sebaiknya kerna ajal itu
bakal tiba pada bila-bila masa sahaja.
ia tidak kan cepat mahupun lambat biarpun hanya sesaat..


dan dengan itu, kita perlu juga sentiasa berdoa agar maut yang kan kita tempa itu dalam keadaan hasanah.. saat iman dalam diri itu paling tinggi dalam diri, jiwa kita..

Ni reflection buat diri selepas membaca berita mengenai kemalangan kapal terbang di NY yang mengorbankan 40+ nyawa..

Ya Allah, jika engkau mentakdirkan mati, matikanlah pemilik hati ini sebagai salah satu para syuhada di dalam perjuangan agamaMu..


Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.