23 February 2009

al-An'am (38-41)

38. Dan tidak ada seekor binatang pun yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan semuanya merupakan umat-umat seperti kamu. Tidak ada suatu pun kami luputkan di dalam kitab, kemudian kepada Tuhan mereka dikumpulkan.

Dikatakan bahawa manusia diciptakan mempunyai darjat tinggi antara makhluk-makhluk yang Allah jadikan di muka bumi. Allah jadikan manusia mempunyai akal, di mana di situlah darjat manusia antara ciptaan2Nya paling atas. Dan sekiranya manusia itu perlu hidup dalam kemasyarakatan, begitu juga binatang2 lain. Sesungguhnya, Allah lebih mengetahui hakikat fitrah setiap ciptaanNya. Sekiranya manusia itu diciptakan bersendiri, sudah pasti keadaan ia menjadi tidak stabil, dan begitu juga binatang. Cuba sahaja dilihat ikan-ikan di luatan samudera, burung-burung di angkasa langit, kesemuanya sering bergerak di dalam kumpulan. Biarpun mungkin dirasakan mampu untuk hidup bersendiri, tetapi, ketahuilah, bergerak di dalam kumpulan itu yang lebih utama. kebersamaan yang hadir bertemankan rahmatNya.

39. Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami adalah tuli, bisu dan berada dalam gelap gelita. Barangsiapa Dikehendaki Allah (dalam kesesatan), nescaya Disesatkan-Nya. Dan barangsiapa Dikehendaki Allah (untuk diberi petunjuk), nescaya, Dia Menjadikannya berada di atas jalan yang lurus.

Jika binatang yang tidak mempunyai akal itu mampu tunduk patuh padaNya, di mana dicampak 'dignity' manusia, mempunyai akal namun tidak digunakan pada tempat sepatunya. Biarpun secara fizikalnya, luarannya, dilihat seseorang itu mampu melihat, mendengar, berkata-kata (majority), namun, Allah menggambarkan mereka ini, sekiranya tidak mahu tunduk padaNya, setelah menerima ayat-ayatNya, peringatanNya, mereka ini seumpama orang-orang yang boleh dikategorikan sebagai 'kurang upaya'. Malah, keadaan mereka ini lagi teruk lagi, kerana kesesatan mereka itu adalah 'both' inner and outer part.

Biarpun mungkin ada yang akan mengatakan, " mana mungkin adil kerana Allah yang menyesatkan aku, dan memberi petunjuk kepada dia" berdasarkan pada akhir ayat kalimah ini, namun telah Allah memberi gambaran di akhirat nanti, biarpun nanti mereka meminta untuk dkembalikan ke dunia untuk kononnya beriman kepadaNya, akan tetapi, mereka akan tetap berpaling dariNya. Ini kerana biarpun sudah tahu akan kebenaran yang nyata, akan tetapi dirasakan ni'mat dunia yang ada padanya sudah cukup buatnya, dan sendirilah yang sebenarnya meletakkan diri untuk menjadi orang yang tuli,bisu dan buta ataupun yang mendengar, melihat dan menyampaikan kebenaran yang nyata. Ini juga boleh dikategorikan diri sendiri sebagai bisu sekiranya sudah tahu akan kebenaran ad-deen, tapi enggan menyampaikan pada orang di sekeliling. ~daá ilallah ~

40. Katakanlah (Muhammad), "Terangkanlah kepadaku jika siksaan Allah sampai kepadamu, atau hari Kiamat samapi kepadamu, apakah kamu akan menyeru (tuhan) selain Allah, jika kamu orang yang benar!"

Untuk melihat dari perspektif yang kehadapan sedikit, ia juga mengetuk hati para muslim muslimin, sesudah bersaksi akan kewujudanNya Yang Satu, adakah diri telah berusaha menyeru akan kebenaran yang digariskanNya pada mereka diluar sana yang masih lagi dalam kesesatan, kebuntuan dek perhiasan dunia. ~reflection mode~

41. Hanya kepadaNya kamu minta tolong. Jika dia menghendaki, Dia Hilangkan apa (bahaya) yang kamu mohonkan kepadaNya, dan kamu tinggalkan apa yang kamu persekutukan (dengan Allah).

Allah memang menyukai para hambaNya yang bergantung hanya padaNya, meminta hanya dariNya. Jadi, kepadaNya sahaja kita menyampaikan kata hati dari lubuk sanubari. Biarpun kerap kali apabila kita mendapat berita gembira atau sedia, kita ingin sampaikan pada orang-orang tersayang seperti keluarga, sahabat handai. Namun, yang lebih utama adalah apabila kita menyatakannya semua padaNya. Biarpun memang Allah sudah lebih awal tahu akan berita yang kita terima/alami, namun, dengan pergi kepadaNya terawal sekali, membuktikan cinta kita padaNya terletak dalam top priority list kita. Dan itu yang Allah lebih suka.

Ada kalanya, kita meminta padaNya, dirasakan doá, permintaan kita itu lambat sekali dimakbulkan. Ini mungkin kerana kita meminta dariNya, namun kita masih melakukan perkara-perkara yang dilarangNya, dan mungkin kita kurang medekatkan diri melakukan perkara-perkara yang disukaiNya.

Dan ketahuilah, Allah rindu mendengar rintihan kasih hamba-hambaNya. Boleh jadi, doá yang diminta padaNya lambat dimakbulkan kerana Allah mengetahui, sekiranya Dia memakbulkan doa itu, kita akan berhenti berdoa setakat itu sahaja sehingga ada perkara lagi yang kita inginkan dariNya. Jadi, from now onwards, kita perlu sentiasa berdoa padaNya, biarpun mungkin dirasakan tiada yang ingin diminta dariNya, tapi boleh doa dengan lafaz syukur pada nikmat anugerah dariNya. Meminta mendapat redhaNya dalam setiap perlakuan yang dibawa. Mendapat kebaikan dunia dan akhirat, dan sebagainya.
Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.