12 January 2009

kenapa ujian itu berbeza bagi setiap individu...?

Seringkali kita mendengar peringatan daripada sahabat kita, dari naqibah, mahupun dari mana-mana pengisian tazkirah mengenai kalamullah dalam surah al-baqarah, ayat 286, yang membawa maksud:

"Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya(kesanggupanny). Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya."

Dan apabila berkata tentang kalamNya, sudah pasti ia adalah suatu yang pasti, bukan suatu boleh dikata masih samar-samar, dalam peritmbangan. Kerap kali diingatkan kepada kita, agar tidak bersedih (la tahzan) atas ujian yang menimpa diri kita. Kerana Allah tidak akan turunkan ujian itu keatas kita melainkan diri kita ini sanggup bertahan pada ujian tersebut selagi kita tidak putus asa di pertengahan ujian tersebut. Dan di situlah kita sedikit sebanyak tahu, kenapa ujian yang kita terima tak sama macam ujian orang lain.

Mungkin ada rasa tak 'best' sebab ujian orang sekitar kita terima ujian x seberat ujian kita. Tetapi perlu kita ingat, ujian yang diturunkan keatas orang itu sebenarnya terasa berat bagi dirinya, dan sebab itu tidak diturunkan atas kita, sebab memang kita dah rasa ringan je ujian tu, aka senang je nak go thru ujian tu. Jadi, macam mana keteguhan kita dalam keyakinan kita, pergantungan kita pada Allah dapat diuji, kalau ujian yang kena ke atas kita ala kadar je.

Dan di sini, nak bawa lagi satu insight terhadap ini. Jikalau dilihat pada surah an-Nisa, ayat ke 79, Allah berfirman

"Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri.."

Memang tadi kita kata apabila ujian itu ditimpa ke atas kita, adalah untuk menguji kita, sort of macam satu proses penapisan.


[bayangkan minyak yang telah diguna untuk goreng ikan, penuh dengan serak2 dari ikan tu, jadi untuk menggunakan/menyimpan minyak itu balik, dialirkan minyak itu ke dalam penapis, yang serak2 tertinggal atas penapis, yang keluar minyak yang free from penapis. Jadi setiap ujian yang kita alami itu adalah seperti penapis minyak tu, dan kita macam minyak tu la (=p), dan serak2 dalam minyak itu ibarat segala perlakuan seharian kita. Dan disini dapat diambil 2 analogi dari anologi ini(pening la plak),


analogi 1st:
apabila dikatakan kita ibarat minyak yang melalui penapis yang mewakili ujian, apabila kita lepas ujian itu(minyak), kita(hati) telah dibersihkan dari titik2 noktah gelap yang telah bertumbuh dalam diri, macam minyak tu yang telah free of serak2 goreng before tu)


analogi 2nd:
sekarang ibaratkan minyak itu sebagai sekumpulan manusia yang memilih untuk terjun ke dalam jalan yang panjang, bertemankan onak duri sepanjangnya..i.e. jalan da'wah. Dan bagaimana untuk tahu siapa yang benar2 inginkan tugas yang rumit, perlukan komitmen dan pengorbanan yang tinggi? Di sinilah ujian2 ditimpa ke atas para dai'e untuk membersihkan saf-saf penggerak, penegak kalamNya. Ini yang berlaku dari zaman ke zaman, dan bukan hanya pada umat Muhammad saw. Contoh yang best and jelas adalah kisah thalut dan jalut. ]

Berbalik kepada surah an-Nisa tadi, ia mengingatkan kita supaya sentiasa muhasabah diri. Jangan kerana hanya tertumpu pada surah al-baqarah,286, kita pun bila ditimpa ujian, kata 'oh,ini aku boleh go thru nyer, sbb tu Allah turunkan padaku' dan seumpanya. Kerana ujian yang kita terima itu (musibah especially) adalah kerana perlakuan kita sebelum itu. Adakah ada salah dalam akhlak kita, dalam niat amal kita dll. Jadi Allah peringatkan hamba2Nya untuk muhasabah diri balik.

Kalau ditunggu bila la ujian nak stop, rasulullah pernah bersabda

"Ujian akan senantiasa menyertai seorang hamba hingga ia berjalan di muka bumi, sementara tidak ada lagi satu kesalahan pun pada dirinya." (HR Tirmidzi).

Di mana kalau kita tanya la kat diri sendiri (honest to our self), adakah kita mampu untuk paling tidak pun sehari untuk tidak pernah lakukan kesalahan ataupun dosa. Memang tidak kan, jadi janganlah bermimpi untuk ujian itu berhenti menimpa kita. Kalau tengok pun, para rasul dan nabi pun tidak pernah tidak ditimpa ujian, apa lagi kita ni.

Dan juga perlu kita sentiasa ingat, ni'mat yang Allah beri tu memang hadiah dari Allah buat kita, dan ia juga sebenarnya ujian buat diri kita. Adakah kita akan leka dalam ni'mat rahmatNya, atau kita akan bersyukur dan semakin tawadhuk pada Yang Esa.

Dalam solat, apabila membaca surah al-fajr, masuk ke ayat 15-16,

Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia berkata: "Tuhanku telah memuliakanku".
Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezkinya maka dia berkata: "Tuhanku menghinakanku"

Seringkali rasa bagaikan hati ini dicalar, dirobek atas teguran yang tajam itu. Dan memang ini yang selalu manusia fikir dan buat. Janganlah kita termasuh dalam golongan mereka ini. Apabila kita terjumpa dengan mereka yang berfikiran macam tu, marilah kita berusaha dengan hemah untuk tukar persepsi dia terhadap kejayaan dia atau musibah yang ditimpa. Peringatan sesama insan memang bermanfaat baik bagi pemberi mahupun penerimanya.

"..Maka berilah peringatan, karena sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan.
Kamu bukanlah orang yang berkuasa atas mereka.." {al-Ghasyiyyah:21-22}

Dan sehubungan dengan kalamullah di atas, ini hanya ditulis buat peringatan terutama pada diri penulis sendiri dan insan2 di luar sana. [mungkin x berkait sgt ngn tittle pun]
Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.