19 January 2009

isL, do remember!

kebenaran .... kejujuran

keteguhan .... kesabaran

ketetapan .... perlaksanaan

mujahadah .... muhasabah

semuanya perlu hadir seiring bersama..

dalam menyuarakan kebenaran, setiap kata yang diluahkan tidak akan memberi sebarang kesan pada hati pendengar, kecuali ia hadir dengan keikhlasan dalam melakukannya.. jujur dalam menyampaikan al-haq.. dan menolak yang batil..

dan hidup ini bagai di dalam medan perlumbaan. jikalau dulu sering mendengar kisah perlumbaan rimba sang arnab dan tuk kura, tapi secara realitinya, perlumbaan hidup di dunia ini jauh lebih kompleks dari itu..

al-haq semakin lama semakin samar ditelan arus kebatilan dunia.
ibarat dalam kisah perlumbaan kedua, di mana tuk kura terpaksa menghadapi mehnah dan tentangan dari kaumnya sendiri, sehingga ia terbiar sendiri..
inilah realiti yang berlaku di zaman materialistik ini.

namun, lihat kembali pada pendirian tuk kura. ia tidak mengalah biarpun tinggal keseorangan. ia tetap gigih berusaha mempersiapkan dirinya menghadapi sang arnab nanti.

dan di lihat pada zaman kita kini. paling terbaru isu penyerangan tanpa henti israel pada rakyat palestine di Gaza.. yang diserang itu manusia, yang penyerang itu juga adalah manusia. adakah ini yang digelar humanity?

begitulah juga yang terpaksa dihadapi tuk kura. kaum kura2 dari pelbagai tempat, menghina dirinya, menghina keputusannya untuk tetap menegakkan maruah kaum kura2 dengan bersetuju berlumba dengan sang arnab.

di sini dilihat, untuk teguh pada satu pendirian, ia perlu diiringi dengan kesabaran..

dan dalam untuk mencapai ketetapan yang telah dipilih, perlaksanaan yakni amal perlu dijalankan.. jika tidak, ia hanya ibarat mencurah air ke daun keladi..

di mana apabila segala2nya sudah dilepasi, mujahadah itu perlu agar ia tetap berterusan dalam perlaksanaannya itu. dan muhasabah itu perlu disertakan pada akhir hari, adakah niat dalam melaksanakan amalan itu betul.. atau sekadar mendapat habuan dunya..

begitulah yang diperlukan di dalam jalan al-haq ini.
menegakkan kebenaran memerlukan keberanian seiringan dengan keikhlasan
untuk tsabat di dalamnta, perlu keteguhan dalam setiap perlaksanaa..
kejujuran dalam setiap kata, mambu meraih kepercayaan pada pendengar
sejauh mana diri telah berjaya dalam aspek2 ini..

adakah hari ini lebih baik dari semalam..?
apakah persiapan untuk hari muka nnt?
-------------------------------------------------------------------------------------
Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.