12 August 2008

..to U i belong, to U i'll return

malam kembali melabuhkan tirainya..
biarpun tiada lagi sinar sang suria, namun masih berlegar lagi insan di bandar ini..
seolah seperti tidak pernah kenal erti rehat buat minda, jasad dan roh..
apakah kerana takut akan hunusan tajam dari sang waktu, yang tidak pernah gagal melaksanakan tugasnya..
ah, diri ini juga turut begitu.. apabila kelapangan diberi, tidak diri ini mengisi nya buat hati yang sering kali dibiarkan bersendiri.. dan apabila tiba saat tiba askari masa menghunus pedang pada diri, seribu penyesalan hadir, namun, tidak lagi kan ia membawa sebarang erti..
kernya perginya ia, melambai pada diri..
semakin lama semakin samar kelihatan lambaian itu, tidak mampu untuk dikejar kembali..
hanya kerna diri tidak peduli kan ia saat ia di sisi..
bila diri terlewat untuk menturuti..
takkan dapat ia diperoleh kembali..
mengingatkan diri pada kisah perang tabuk..
hanya kerna kelalaian pada ni'mat dunia..terlepas si sahabat utk turut serta menyertai perang itu..

Ya Allah, ampunkanlah hambaMu yang sering kali silap dalam setiap langkah yang dibuka..ampunkanlah Ya Ghaffur..
Ya Rahman.. bantulah diriku untuk teruskan perilaku dengan tautan hanya padaMu..padaMu saja pohonku ini Ya Rashid..
Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.