22 August 2008

remember isL, do remember..

1st:
Dari hari ke hari, sudah pasti apabila satu pergerakkan/perlakuan/pekerjaan yang dibuat itu mampu menjadikan diri terasa seolah2 ia hanya rutin harian yang telah menjadi kebiasaan dan tiada tujuan lain yang disandarkan padanya.

2nd:
Adalah menjadi kewajipan bagi setiap mu'min yang telah digertakkan untuk sedar dari buian mimpi yang melenakan diri sebelum ini bergerak menjadi mereka yang berusaha menegakkan kembali panji Ilahi, aka sudah tibanya masa untuk menjadi 'full time da'ie.

_________________________________________________________
Satu peringatan, reflection mode buat diri..
Apabila dikaitkan kedua-dua isi di atas (1st & 2nd),
perlu ditanya kepada diri, kebiasaan diri untuk bergerak menjadi da'ie tu adalah kerana ia telah tertulis dalam duty roster harian kita sebagaimana jadual tugasan rumah yang terlakar tugasan pada minggu tersebut..?

satu perkara yang pasti sebenarnya ramai di luar sana tahu akan hakikatnya, namun, sebagai insan, seringkali kita terlupa tatkala melaksanakannya.. dan demikian itulah fungsinya 'mc' yang apabila dalam suatu acara/program yang khusus, akan meminta hadirat untuk memperharui niat akan tujuan keberadaan di sana. .

tapi bagaimana pula dalam tugasan yang tiada 'mc' yang hadir?(i.e. acara yang bukan rasmi) di situlah peranan sesama rakan seperjuangan untuk mengingatkan tujuan asal suatu perlaksanaan itu dilakukan, biarpun mungkin hanya sekadar beramah mesra dengan masyarakat di luar sana, sehingga kepada menziarahi mereka, dan malah, lebih jauh dari itu..
dan mungkin akan diberikan alasan, sering bersendirian dalam melaksankannya, jarang sekali ada yang menemani bagi mengingatkan diri..namun ini sepatutnya tidak boleh dijadikan alasan, kerana lihat bagaimana insan-insan dahulu berupaya melaksankannya biarpun bersendirian..adakah ada rahsia di sebaliknya?
suatu persoalan yang perlu ditanya kepada diri..

tiada satu rahsia mahupun keajaiban bagaimana mereka boleh melaksanakannya.
semuanya akhirnya menunding kepada diri.. sejauh mana telah berupaya menolak diri untuk pergi jauh lebih ke hadapan.. kalau diberikan alasan, selalu terlupa, ada banyak cara yang boleh dilaksanakan dalam meingatkan diri, malah kelebihan berada dalam zaman teknologi itu sepatutnya digunakan sepenuhnya.. apa guna penggunaan 'handphone' kalau hanya sekadar hiasan dan perhubungan..? Boleh diletakkan 'reminder daily atau setiap 4 jam (contoh je ni), meingatkan diri untuk memperharui niat dalam setiap langkah yang diaturkan. Boleh turut hanya email kepada diri contoh semasa berada di uni, teringat akan perkara ini, jadi boleh menghantar email kepada diri (email yang selalu di'check') supaya, semasa kita berada di tempat kerja or rumah, bila membaca email, meingatkan diri akan perkara ini.. dan lebih banyak lagi yang boleh dilakukan.. hanya perlu 'look beyond technologies' yang ada.. (^_^)


Satu persoalan lagi yang perlu dibawa..,
apabila tiada taklifan khusus yang dipertanggungjawabkan secara rasmi oleh mereka yang bergelar insan di sisi, akan tetapi, adakah ia bermaksud tiada lagi tugasan untuk bergerak sebagai da'ie..?

suatu yang mungkin ada yang mengatakan.. 'yeay..! x der busy2 dah'.. ataupun 'cedeynyer..' dll(kompleksiti manusia --jd byk ragam)

sebelum itu, mari lihat akan kisah yang pernah berlaku pada suatu ketika dahulu (cerita yang tercatat dalam quran, bukan rekaan) yang sudah pasti ramai yang tahu, cerita pada zaman nabi sulaiman.. cerita berkisar akan kesungguhan burung hud-hud.. biarpun nabi sulaiman tidak mengarahkannya (beri tugasan), tapi hud-hud telah bertindak untuk lihat keadaan sekeliling alam pada ketika itu, dan di situ burung hud-hud telah dapat mengesan akan suatu tempat di mana mereka di sana tidak mengenal lagi erti kewujudan tuhan. Di situ, dilihat hud-hud bergerak sebagai dai'e yang proaktif, tidak perlu menunggu arahan dalam menyampaikan kebenaran, tapi pada yang sama tidak melanggar akan prinsipnya sebagai pengikut nabi.

sudah memangnya digariskan buat panduan diri, tiada alasan yang boleh diberikan seandainya dikatakan diri diabaikan, tiada pertanggungjawaban diberikan..etc..


Andai itu yang berlaku, majulah bergerak ke hadapan, move foward for your Lord..
Kalau hanya duduk melenggu hanya menunggu, seumpama menunggu bulan jatuh ke riba, menunggu baju yang kotor itu bersih sendiri tanpa perlu dibasuh, menunggu berbuahnya pohon tanpa perlu dijaga, dibaja..dll..

So, what are u waiting for isL? GO FOWARD..
tanamkan untuk sentiasa ada zattiyah yang tinggi diiringi niat yang bersih nan suci..
okay.. lets go.. chaiyok..!

Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.