31 August 2008

insight towards khutbah 1st rasulullah

Sedikit sebanyak selepas meneliti kandungan khutbah ni, baru ana perasan, kandungan khutbah tu berkait rapat dengan isi surah al-mulk (ayat 1-11).


Permulaan surah itu berkaitan dengan kejadian hidup dan mati dan setiap dari kita pasti akan menghadapinya untuk diuji sejauh mana kita beramal.

Dalam khutbah pertama, rasulullah turut menyentuh aspek ini. Mungkin tidak secara directly macam yang digambarkan dalam surah al-mulk, tapi sedikit sebanyak merangkumi kandungan isi al-mulk tersebut. Rasulullah berpesan kepada seluruh mu'min, mu'minin untuk berusaha persembahakan setiap amal kebaikan, dari segala aspek, dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar2nya kerana Allah tidak melihat kepada saiz, tapi dilihat kepada niat. Mungkin bagi orang yang kaya, senang baginya untuk menginfakkan harta yang banyak, jika dibandingkan dengan orang yang kurang berkemampuan, tapi sekiranya antara sedirham dinar tu sahaja yang dia ada dan memang diberikan ke jalan Allah tanpa ada rasa 'nak bagi ke x nak', itulah yang lebih besar ganjaran pahalanya jika dibandingkan dengan orang yang boleh menginfakkan seratus dirham, tapi masih banyak lagi harta untuk dia gunakan untuk dirinya (insyaAllah).

Itulah yang diseumpamakan dengan apa yang rasulullah menyuruh para muslimin yang hadir solat jumaat pertama itu.
Bila rasulullah mengibaratkan apabila ajal sudah tiba bagi setiap orang itu sebagai kambing tanpa pengembala, pada ana, ia membawa maksud di mana, sudah tiada lagi peluang untuk orang itu beramal, melindungi dirinya. Apabila ada pengembala, sudah pasti kambing itu akan terjaga dari segi cukup makan minumnya, dari segi kesihatannya, keselamatannya. Jadi apabila maut itu tiba, sudah hilanglah keupayaan diri untuk menambah amal timbangan kanannya, tiada lagi peluang untuk menghilangkan calar-calar dosa dalam diri dan hatinya. Saat itu, penyesalan tidak lagi membawa sebarang erti, biarpun bibir saat itu berzikir, beristighfar, bertasbih dll, namun segalanya sudah berakhir. Peluang yang selama ini diberi untuk kembali pada jalanNya sudah ditutup. Pintu gerbang neraka pula terbuka luas, menampakkan isinya.

Sekiranya di dunia, kita mampu untuk menyuruh peguam2 bela untuk membahas bagi kita mengatakan kita di pihak yang benar (walaupun pada hakikatnya mungkin tidak), tapi pada hari pembalasan nanti, tiada lagi yang seumpama itu. Setiap yang telah dilakukan di dunia, sendiri yang akan dipertanggungjawabkan terhadapnya.

Jadi sementara masih diberi kesempatan di dunia ini, rasulullah berpesan agar berusaha memberatkan timbangan amal kebaikkan seboleh mungkin, biarpun hanya dengan separuh biji tamar ataupun sekadar satu perkataan yang baik. Dan sememangnya Allah itu amat menyayangi para hambaNya, pinjaman yang diberi pada hambaNya, yang digunakan pula pada jalanNya, akan diberi balasan berlipat2 kali ganda. Suatu sifat Allah yang al-Rahman, ar-Razzaq, al-Karim.

Kalau dari segi tempat dan masa khutbah ini diturunkan, ia sebenarnya memberi semangat dan dorongan buat kaum anshor untuk membantu kaum muhajirin tanpa rasa ragu dan pada kaum muhajirin, banyak perkara yang mereka boleh besefahaman dengan kaum anshor untuk melaksanakan suatu tugas dan membantu mereka dalam perkara-perkara lain, jadi tidak perlu rasa segan dan malu apabila ditolong oleh kaum anshor. Kandungan khutbah ini juga seolah seperti memberi penghargaan pada kedua-dua kaum atas apa yang mereka korbankan dan infakkan pada jalan ini.

Satu peringatan buat diri sendiri, walaupun khutbah ini rasulullah tujukan pada kaum anshor dan muhajirin pada masa itu, tapi sebenarnya ia adalah salah satu message yang rasulullah ingin sampaikan pada umatnya di masa hadapan, yakni kita. Jadi ana perlu amik praktikality kandungan khutbah ini untuk lalui hari-hari yang datang sementara masih bernafas di muka bumi ini.
Dan ditambah pula dengan keberadaan dlm bulan ramadhan, lebih-lebih lagi boleh dihayati kandungan khutbah ini untuk diterjemahkan kepada amalan
.

Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.