15 August 2008

al-hilmi

biarpun pernah disentuh pasal al-hilmi sebelum ini, tetapi lepas terselak kembali lembaran hadis2 ini, membuatkan diri ini imbas kembali, adakah sifat al-hilmi ini telah berjaya diselarikan dalam diri.

--
sabda Rasulullah s.a.w, diriwayatkan oleh al-tarbani :

"Sesungguhnya, seseorang hamba Allah itu dengan akhlaqnya yang baik boleh mencapai darjat yang paling agung di akhirat dan mencapai darjat yang paling mulia mesikupun ia lemah dari segi ibadat. Dan sesungguhnya,seseorang hamba Allah itudengan keburukan akhlaqnya boleh menjunam ke dasar neraka yang paling bawah"

dan pernah Allah mengingatkan kepada Nabi Ibrahim :
"Wahai Khalil, elokkanlah akhlaqmu walaupun terhadap orang-orang kafir, kelak engkau akan menempati tempat orang-orang baik. Sesungguhnya telah tersurat dalam ketetapanku untuk melindungi orang-orang yang baik akhlaqnya di bawah lembayung 'ArasyKu. Akan Aku jamu mereka dengan minuman dari sumber kudus milikku. Akan Ku hampirkan (tempat duduknya) di sampingKu.
-------------
sifat al-hilmi dikatakan ada pada seseorang itu apabila kekuatan marah yang hadir dalam diri itu tunduk kepada arahan akal untuk menimbuskan kembali kemarahan yang timbul itu.
dalam kalimullahNya sendiri beberapa kali Allah telah berfirman akan ketinggian darjat yang akan diperolehi oleh seseorang muslim itu, di mana apabila ia bersabar atas sifat mereka yang jahil pada dirinya, memaafkan kesalahan mereka yang menzalimi diri, memberi kepada mereka yang tidak memberi kepada dirinya, dan mengikatkan kembali silaturahim yang diputuskan olehnya.

[note: menzalimi zaman itu skopnye luas (my opinion). Bukan sekadar perkataan zalim yang macam blaja kat sekolah dulu, tetapi dalam perlakuan seharian kita. Contoh, apabila kita membuli kawan kita, dengan mempermainkan dia, merendahkan dia dengan alasan konon nk beramah mesra, tapi siapa tahu apa yang tersirat di hati kawan kita tu. Mungkin pada zahirnya nampak tenang jer, tapi still dikira menzalimi dia gak..huhu~ reflection to myself.. waaa.. maaf semua yang dizalimi oleh ana intentionally or unintentionally]

Dalam surah Fusshilat, ayat 34-35 yang membawa maksud :
Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta-merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. (34) Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat. (35)

dan surah al-imran {133-134},
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. (133) Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. (134)

---------------------------------------------------------------------------------------------
semua ini is a big peringatan buat diri, sebab slalu sangat la menganaiya hak2 orang lain..baik di rumah, di class, di rmh orang, etc..
waaaa.. insaf2..
Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.