3 June 2008

choose only one.. between them..

Di dalam setiap sanubari manusia, kan wujud perasaan yang tidak dapat ditolak ke tepi..di sisihkan dari dalam diri..

Pada luaran fizikalnya kan tampak ia kuat, teguh.. tanpa tanda2 kelembutan pun yang membelai di jasad fizikalnya..

Namun, ia kan wujud, kan tetap hadir, biarpun kan ia cuba sisihkan dari peribadinya..

hanya kerna tidak mahu tampak lemah, kelembutan pada pandangan mereka yang bergelar manusia…

Ketahuilah..ianya adalah cinta..

Cinta.. suatu ungkapan yang cukup kontroversi..

Mungkin tidak bagi kebanyakan mereka di luar sana.. namun, bagi seorang yang mula menghadirkan diri dalam kolektif 'da’ie'' akan terus menolak perasaan ini ke tepi.. Mengapa..? satu persoalan yang perlu dihadapkan pada wajah-wajah mereka ini..

Ketauhilah hakikat cinta ini..

bermula segalanya di landasan yang satu.. namun, persimpangan di depannya tidak terkira bilangannya.. ibarat dasar nya adalah pohon.. kan hadir cabang-cabangnya.. biarpun banyak ranting-rantingnya, namun, cinta yang sebenar-benarnya, sedasar-dasarnya hanya boleh dibahagikan kepada dua.. yakni cinta dunia Vs cinta akhirat yang nyata..yakni cinta kan Yang Esa..

Permulaan bagi keduanya dihadirkan dari check point yang sama, namun, pengakhiran yang dituju menghala ke pucuk yang jauh sekali berbeza..

kebahagiaan dunia Vs mardhatillahNya..

kejulaman api neraka Vs kesegaran jannah FirdausNya


Cinta..

Apabila di sebutkan cinta, yang lantas hadir di benak insan di dalam gol.daie adalah yang mampu membuka ruang pintu ke jahanam yang digusarkan.. biarpun hanya samar-samar, tidak jelas… satu gambaran.. cinta yang diertikan, diterapkan dalam diri adalah cinta pada dunia ini..

Inilah cinta yang membuatkan hati-hati da’ie memilih untuk hindari perasaan ini dari ia menguasai diri sanubari..

Sesungguhnya, banyak sekali kalimullahNya yang sering mencela akan mereka yang terikat pada keduniaan yang sementara..

Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu dan orang-orang yang melalaikan ayat-ayat Kami [7], mereka itu tempatnya ialah neraka, disebabkan apa yang selalu mereka kerjakan[8] Yunus(10)


Peringatan dari Allah.. satu persimpangan yang bahaya.. andai cinta dunia dipilih untuk dipikulnya.. Ia ibarat satu beban yang teramat besar yang harus dipikul, namun tidak membawa sebarang pulangan ganjaran yang setimpal dengannya.. bahkan tiada yang dapat dijadikan bekalan pada akhiran nanti..

Ia adalah suatu kenyataan yang disedari oleh para da’ie, dan lantas kan ia cuba sentiasa berwaspada terhadapnya..menghindari dari kehadiran cinta..

Satu persoalan yang ingin diutarakan di sini..

Adakah cinta dunia adalah satu-satunya cinta yang menerajui hati-hati mereka yang inginkan kehadiran cinta..?

Sebagai muslim, ungkapan kesaksian kita saban waktu, tidak kurang dari lima kali sehari.. Dan sedarlah, seandainya ucapan syahadah itu lahir dari dalam hati yang ikhlas, kan melahirkan satu perasaan padaNya, yang tidak pernah lekang dari mengawasi kita, sentiasa menjaga kan kesejahteraan hambaNya..

Lahirnya satu perasaan..yakni cinta padaNya.. cinta abadi, cinta hakiki.. diikuti lahirnya kasih yang tidak terhingga.. rindukan perhatian dariNya..

Dan sedarlah, cintakanNya, suatu yang perlu dihadirkan dalam diri.. kerna ia menjadi penenang tatkala dunia seakan-akan merejam diri.. menjadi pendorong dalam setiap perlakuan kita dari hari ke hari..

Sejauh mana keihkhlasan yang hadir dalam diri tatkala ibadat dilaksanakan dari hari ke hari?...

adakah ia hanya sekadar ibarat ibadat pedagang? di mana setiap ibadat yang dilakukan, dinantikan, ditunggukan ganjaran darinya.. seperti pedagang yang datang menguruskan jual beli di suatu tempat.. ia akan memberikan sesuatu kepada pembeli, andai diberi wang sebagai ganti..

ataupun ia adalah ibarat ibadat hamba..? seperti mana apabila dilihat seseorang itu memiliki hamba, akan hamba itu turut kata tuannya kerana takutkan kemarahan tuannya, takut dicederakan dirinya..

ataupun ibadat yang dilahirkan itu kerana cintanya diri tidak terhingga padaNya...? sesuatu yang sukar diungkapkan.. kerana.. an-nas..insan..mereka yang bergelar manusia.. apabila cintanya pada sesuatu, seseorang.. kan diserahkan seluruh jiwa dan raga buat yang dicintainya itu.. andai manusia zahirkan cintanya hanya kepada Yang Satu, dan lenyapkan cintanya yang lain dari setiap penjuru.. sesungguhnya, ia akan menjadi hambaNya yang tidak pernah lekang dari amalan setiap masa.. Lihat saja pada sirah.. para sahabat yang sememangnya tidak dapat dinafikan, cinta mereka padaNya, tiada tolak bandingannya.. segalanya diserahkan padaNya, menegakkan kalimahNya.. mengukuhkan syiarNya..

Sememangnya, tidak salah andai ibadat itu dilakukan kerana inginkan pahala dariNya..inginkan tempat di taman syurgaNya.. dan tidak salah kerana takutkan kemurkaanNya.. takutkan azab api jahanamNya... kerana itu semua sememangnya tuntutan Ilahi pada hamba-hambaNya.. untuk meminta, berharap dariNya, denganNya.. dan takutkan azab api yang bakar menyala.. kan tetapi, alangkah lebih indah, andai kesemuanya dapat dihadirkan dalam jiwa..

Cintailah Allah dengan setulus cinta.. kerana semuanya akan hadir.. tidak kira samada tatkala sujud berhadapan denganNya, ataupun di kala sibuk menguruskan urusan dunia... cinta abadi ini, akan sentiasa berputik, bersemi dalam diri.. menhiasai, mendamaikan hati sanubari..

Cinta padaNya juga sebearnya mampu membawa satu kesedaran pada minda yang penuh berselerak dengan kerja-kerja perlaksanaan dunia bahawa dunia ni hanyalah permainan sementara.. yang ingin dikejar, yang ingin diggapai.. jannah yang pernah suatu tika dahulu milik setiap mansia..

seandainya kita leka dalam beraksi di dalamnya, kan kita tenggelam di dalamnya sedikit demi sedikit, tanpa siapa sedari, dan akhirnya, hilanglah ia dari permukaan.. barulah disedari kan kehilangannya dari sisi.. tiada lagi yang kan mampu untuk menariknya kembali..dan akhirnya ia hilang dari genggaman..


Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu
Al-Hadid(57)


Biarpun dikatakan pada dirinya, tidak kan ia leka dalam permainan ini, namun tidakkah ia mergerti, nafsu dalam diri itu sebenarnya yang meraikan perasaan itu.. Ia tahu, perintahNya harus sentiasa di taati.. namun, kerna tidak dapat lari dari cintanya pada dunia, hawa nafsu lantas menyamarkan pandangan yang pada mulanya jelas dan nyata..

Ia menampakkan seakan-akan ada intersection di antara keduanya..

Formula yang di lihat :

Andai {A=dunia, B=perintahNya}

(A U B) or (A n B)

(maths based - united or intersection)

Suatu formula yang salah seandainya dirasakan bisa ia menggabungnya di antara kedua-duanya.. kerna ia tidak harus diguna pakai dalam kehidupan kita di sini.. Cintailah Allah tanpa persekutukan cinta itu, kerna itu tuntutan kita yang perlu dilaksanakkannya biarpun Allah tidak perlukan cinta dari hamba-hambaNya…

Lantas, dalam kesibukan musim imtihan.. biarpun pada awalnya dikatakan cinta yang hadir, hanya untukNya, milik sepenuh Yang Esa… namun, sedarlah.. bisikan-bisikan nafs dalam diri, diiriingi dorongan dari yang tidak diundang.. kan bisa menggoyahkan kecintaan kita padaNya, memesongkannya pada perkara yang lari dari syariatNya.. Perlu kita sentiasa muhasabah diri.. benarkah cinta yang disemai dalam hati, cinta yang sejati.. cinta pada Pencipta yang kekal abadi.

satu peringatan buat diri ini..

_______________________________________________

lg satu tazkirah yang x smpt nk dgr.. time katibah gak.. wa.... =(


Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.