kejujuran
keikhlasan + kesungguhan
ketetapan
keyakinan
kejujuran dalam persaudaraan
keihklasan dalam amalan disertai keesungguhan
ketetapan dalam pegangan yang hakiki
keyakinan yang jitu pada Ilahi
no matter what i think, what i feel.. i must believe in Him solely
___________________________________________
-a reminder for me-
lapangan luas terbentang di hadapan
dipelopori oleh mereka yang bergelar insan
biarpun tidak jauh beza sesama sendiri
akan tetapi, penindasan masih tetap terjadi
apakah mungkin ianya akan berhenti?
bilakan tiba titik noktah padanya?
ketahuilah rahmatNya menaungi dirimu
petunjuk mula diberi, dicurahkan tanpa henti
cahaya sinarnya memancar, membangkitkan kesedaran dalam diri
titik permulaan yang menerangi segala tujuan diri hidup di muka bumi ini
andai rasulullah tidak tekad, pasti sahaja akan berhenti
dirinya dipaksa tahan akan tusukan dari kanan dan kiri
apakah hanya sekadar sentuhan di sisi,
dirasa seperti ingin berpaling dari jalan yang hakiki ini
sandarkanlah diri pada Ilahi
agar tidak tewas dengan pujukan musuh yang mengugat diri
teruskan langkah menerusi denai-denai yang berduri
kerna yang menunggu di sana, jauh lebih berharga, lebih bermakna
perjuangan di ruangan yang hanya seketika
medan bakti buat semua yang inginkannya
jadilah seperti ombak di lautan nusantara
menghempas pantai biarpun banyak halangannya
andai bahang mentari melemahkan sendi
ingatlah, ianya pengorbanan ibarat titisan hujan pagi
menyuburkan alam yang di naungi
kelak hasil yang disemai dibalas tanpa ragu lagi
Oleh itu, berharaplah, berdoalah pada Yang Esa..
semoga keikhlasan akan tersemai dalam jiwa setiap kali beramal di jalanNya
semoga keyakinan kan teguh pada janjiNya
semoga meredhai segala takdir yang ditetapkannya
semoga thabat di jalan hakiki untuk menemuiNya
semoga jujur padaNya dalam semua perilaku..jujur pada mereka yang turut dalam perjuangan yang satu
Ya Allah.. teguhkanlah langkahku untuk bertemu denganMu..