Erti sebenar pengorbanan adalah suatu yang kompleks untuk digambarkan.. kerana ia melibatkan isi hati individu2 yang terlibat..
Pengorbanan yang sebenar adalah apabila seseorang insan terpaksa berkorban perkara/benda yang teramat berharga bagi dirinya. Kerana walaupun jiwanya di kala itu terikat dengan perkara/benda tersebut, namun, apabila memikirkan bahawa segalanya adalah milik Ilahi yang hanya pinjaman buat diri, ia melepaskan ikatan2 tersebut dari dalam diri..
"Barangsiapa meminjami Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan rezeki dan kepadaNya kamu dikembalikan" (2:245)
Ketahuilah, bukan mudah untuk mendapatkan kemanisan iman, namun bukan suatu yang 'impossible'..
Dari Rasulullah s.a.w.
"Berangsiapa yang melengkapi 3 syarat ini, maka ia akan dapat merasai kemanisan iman:
1. Jika ia mencintai Allah dan RasulNya mengatasi kasihnya kepada yang lain
2. Jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan kerana Allah
3. Jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka
Zattiyah yang tinggi amat diperlukan dalam memulakan, menghadirkan diri untuk melaksanakan..dan walaupun sekiranya diri mampu melengkapi ketiga-tiga syarat dan berkorban ke jalan menuju Ilahi.. satu peringatan buat diri ini, janganlah hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.. hanya pada permulaan sahaja berusaha gigih..namun apabila masa sudah mula mencemburui diri.. ia mula ditinggalkan..
Perlula sentiasa istiqamah dalam melaksanakan segala amal-amal ini..
Do remember isL..