26 October 2007

kenapa aku di sini..?

Hidup ini adalah satu pengembaraan buat diriku

Hari demi hari, ku rasakan telah banyak aku tempuh

Hinggakan terasa sempurna sudah hidupku

Namun, bila ku alihkan pandangan ke kiri dan kanan ku

Segalanya samar dan tidak pernah jitu

Dikaburi kegelapan kaca yang satu

Kaca itu menjadi neraca segala tatapan

Dan kerna itu, pengembaraanku tidak pernah bebas dari raguan

Terlalu banyak persinggahan di sepanjang perjalanan

Tanpa aku sedar, semakin jauh aku hanyut dari kebenaran

Namun, tanpa kusangkai

Ku terjumpa dengan satu persimpangan yang asing buat diri

Jalannya kulihat dipenuhi ranjau onak dan duri

Namun, pengakhiran hujungnya menjanjikan suatu yang pasti

Janji yang mengikat hati menjadi detik permulaan buat diri

Kerna itu telah ku pilih untuk meneruskan pengembaraan dengan menerokai

Walaupun saat itu, jiwaku meragui

Kerna bimbang akan ketabahan dalam diri

Kini, ku masih berada di jalan yang aku yakini

Bagi meneruskan pengembaraan ku di jalan ini

Biarpun ku tahu dunia tidak memberi kata izin pada diri

Aku bukan keseorangan di sini

Sudah menjadi tetapan akan adanya ekspidisi ini

Dan aku sudah menjadi ahli yang akan kekalkan diri

Telah dijanjikan ranjau pada mereka yang menyertai

Jesteru itu,

Cabaran dari segala penjuru tidak pernah letih menerjah diri

Jiwaku sentiasa dirobek bagi melemahkan hati

Ku ambil semuanya sebagai obor yang menyemarakkan lagi semangat dalam diri

Untuk terus membuka langkah menuju destinasi

Bersama teman ataupun dibiarkan bersendiri

Mengapa aku memilih untuk terus berada di sini?

Bukankah mudah hidupku jika aku tiada di sini

Ah. Itu semua bisikan si durjana dari luar dan alam hati

Pilihanku untuk terus di sini menegakkan panji

Bukan kerana insan seperjuangan di sisi

Kerana andai mereka tiada lagi

Pengembaraanku tetap akan diteruskan sehingga impian dipatri

Kerana aku inginkan janjiNya pada setiap pengembara

Yang tabah dan sabar dari awal hingga ke akhirnya

Dalam menjalani perjalan yang liku dan panjangnya tidak terkata

Dan matlamatku adalah redha Yang Maha Esa

JanjiNya itu adalah taman syuga milikNya

Dan ganjaran yang bermakna itu bila dapat bertemu Penciptaku Yang Maha Esa

Namun, hanya satu yang ku simpan tersemat sentiasa

RedhaNya impianku dan bukan redha insan semua

Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.