Siapakah Malik bin Sinan r.a.?
Beliau merupakan salah seorang sahabat rasulullah yang utama dan penting, tapi jarang sekali kita dengar pasal beliau. Malik r.a. tidak berkesempatan untuk turut serta dalam perang Badar, tetapi beliau telah menyertai perang Uhud. Kita tau dalam perang Uhud, ada satu ketika di saat genting di mana nyawa tentera-tentera islam berada di hujung pedang, dan keselamatan Rasulullah tidak terjaga. Malik r.a. merupakan salah seorang daripada tentera islam yang berusaha melindungi rasulullah dari serangan musuh. Walaubagaimanapun, dengan kehendak Allah, Rasulullah cedera di muka dan mukanya berdarah. Lantas, Malik r.a. menarik (hisap) darah keluar dari tempat luka. DI sini, darah Rasulullah (saw) dikatakan telah bercampur dengan darah Malik r.a. dan Malik r.a telah syahid dalam perang tersebut.
Begitulah kisah Malik r.a.
Namun, fokus sebenarnya adalah kepada anak beliau, Faree'ah bint Malik r.a
Faree'ah binti Malik merupakan isteri kepada Sahl bin Rafi' yang telah dibunuh oleh hamba-hambanya semasa di Al-Madinah. Faree'ah binti Malik r.a. bersedih hati atas kejadian ini dan mengambil keputusan untuk kembali ke rumah orang tuanya, lalu beliau pergi berjumpa dengan Rasulullah dan consult dengan baginda. Rasulullah menyuruh Faree'ah binti Malik tinggal di rumahnya sehingga tamat waktu idah(4bulan 10hari).. Sejak kejadian ini, Faree'ah menjadi rujukan utama dalam Fatwa untuk Iddah.
Faree'ah binti Malik juga telah turut serta dalam Bai'at Ridhwan dan sabda Rasulullah (saw) yang bermaksud, "Barangsiapa yang turut serta dalam Bai'at Ridhwan, dia merupakan ahli syurga". Maka Faree'ah adalah penghuni syurga atau dalam bahasa inggeris 'lady of Paradise'.
Banyak lagi incident menarik dalam keluarga Faree'ah binti Malik r.a. sendiri..tetapi memandangkan, masa itu tidak dapat dibeli dengan emas atau permata, maka tak dapat nk smbung ..
Diringkas dari "Great Women of Islam"-by Mahmood Ahmad Ghadanfar