diri ini macam ada suatu pergolakan dalam jiwa.
hati ini sedar, priority terletak pada menegakkan kalimahNya
bahkan, itulah tugas yang dipertanggunjawabkan sewaktu dibawa ke dunia ni olehNya dan telah pun berbai'ah denganNya..
Namun, dalam kesibukan akademik yang dianugerahkanNya, diri ini seakan-akan tidak mahu mengambil peduli tanggungjawab yang diamanahkan itu..Astaghfirullah...
Telah diazamakn dalam hati untuk menggunakan sepenuhnya masa di semester baru ini dengan semanfaatnya..
Perlu kuatkan tekad di hati..
Agar diriku..
Tidak rebah di pertengahan jalan..
Tidak tersungkur pada batu-batu kecil yang bersepah di taman-taman
Tidak tersangkut pada lubang-lubang yang menghiasi jalan..
Tidak jatuh dek ditiup hembusan angin dalam pengembaraan..
Tidak haus kepada geseran permukaan dan dalaman
Tidak tunduk pada cuaca keadaan
Tidak malu untuk menegakkan tiang-tiang kebenaran
Teguh dalam membina struktur-struktur bangunan
Bersama dengan barisan-barisan yang menjadi benteng pertahanan
Walau ditombak oleh ikanpedang, tetap tidak berganjak daripada kedudukan (kisah tauladan di singapura)....
insyaAllah..
Ya Allah, iringilah diriku untuk berada dalam barisan yang menegakkan kebenaran demiMu..
ISL,
Tegakkan daulah dalam hatimu,
barukan tertegak daulah di muka bumi...