Minggu, yakni weekend sudah hampir berakhir..
Alhamdulillah..Allah gerakkan hati ini untuk mengagahkan diri menghadiri program yang bermanfaat..
Walapun ada banyak assignment yang due date dia esok, lusa..
Namun, entah mengapa, diri ini tidak berkesampaian untuk melaksanakannya..
Diri ini belajar erti persahabatan.
Lain dari yang lain..
Sebelum2 ini, jikalau pengisian diberi di kota-kota sahaja, namun kali ni, beralih angin, ke arah suatu destinasi yang tidak jauh, namun tidak pula dekat.
Ruh dalam diri diperhaharui..bukannya beerti kini, dalam tubuhku adalah roh yang baru.
Tetapi suatu keazaman, tekad, cita-cita dalam jiwaku sudah terasa lain. Sudah seolah-olah bukan diriku lagi.
Terlupa diri ini bahawa, dalam terkejar-kejar mengejar menyampaikan risalah Allah, tidak harus mengabaikan tanggungjawab yang penting. Iaitu, suatu hubungan yang istimewa, hubungan dengan Allah.
Kerana terpengaruh atau terleka dengan kononya amal jama'ie, diri ini tidak sedar, hubungan dengan Pencipta, amal-amalnya, tidak terjaga.
Ada kalanya, diri ini lupa akan hakikat pertama seorang muslim itu.
Beribadah kepadaNya..
Telah Allah berfirman,
"tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku"
Ya, tidak dinafikan, segala yang wajib masih dilaksanakan. Namun, yang sunat, sudah mula diriku abaikan.
Sudah mula terleka dengan media dan persekitaran.
Pertama, katanya ingin meneruskan belajar, lantas telah memendekan waktu hafazan dan masa penghayatan bersama kalimahNya dalam Al-Quran..
Akan tetapi, semuanya tidak berlaku..Perancangan hanya perancangan yang lemah..Benarlah, Allah yang menentukan segalanya..
Diriku tidak mentelaah..malah menghabiskan masa di depan laptop..Iya, pada mulanya, ingin mengambil tahu akan berita dunia, keadaan semasa. Namun, lama kelamaan..tidak tergambar oleh perasaan diri ini sekarang. Menyesal kemudian, tidak mampu untuk diriku berpatah untk mengubah keadaan.
Hanya yang pasti. Perlu diri berusaha agar tidak lagi terjatuh ke lembah yang melalaikan..
Perlu diri ini berjalan ke arah mencapai ketaqwaan..
Telah dipelajari minggu ini..
Janjiku PadaNya, perlu dipenuhi
Istiqamah dalam melaksanakannya..muhasabah diri ada siang dan malam hari
Jikalau diriku gagal, perlu ku menhgukum diri sendiri
Agar tidak terlalai dari jalan menuju Ilahi
Mujahadah perlu ku praktikkan
Langkah permulaan perlu ku betulkan
Agar diri ini tidak terbabas di pertengahan jalan
Kuatkan kesabaran di hatimu, wahai diriku
Tempuhi perjalan berliku ini dengan waspada yang tidak berhenti
Ingatlah Allah memerhatikan dirimu sentiasa tidak kira tempat dan waktu
Perlu engkau berjaga-jaga, agar tidak menimbulkan kemurkaan Ilahi
Keredhaan Allah.. akan cuba ku kejari..
Ya Allah, diriku perlukan Mu setiap waktu bersama di sisi..