30 August 2007

merDeka

tibanya malam ini, pasti ramai mereka yang mengaku beriman dengan islam, akan bergelumangan dengan dosa-dosa kemaksiatan..

Tidak salah jika ingin mengingati hari di mana tanah air dibebaskan dari belenggu penjajahan.. Namun, di mana berkatnya, jika ia diiringi dengan pergaulan bebas, kelalaian pada solat, mengambil halwa telinga yang melarikan hati jauh dari mengingati Allah...??

Tidak sedarkah kita, kemerdekaan itu hanya pada gelaran sahaja. Seolah-olah menjadi adat istiadat di tanah air untuk menyambut kemerdekaan. Ramai yang akan menjerit2, melonjak2 dengan ketawa riang saat hari tahunan ini..tetapi, adakah objektif sebenar mengapa ia disambut itu tercapai?
Adakah mereka merasai perjuangan tokoh-tokoh yang berusaha membebaskan tanah air, bukan saja dari penjajahan fizikal, tetapi penjajahan mental..
Tokoh-tokoh ini berusaha menegakkan kalimah Lailahaillah di Tanah Air, agar kalimah itu tidak sekadar disebut sekali sekala, tetapi berusaha agar ia bersemi, tersemat di hati setiap muslim itu. Adakah kita sedar akan hakikat ini...?

Terlalu memandang tinggi pada dunia di sebelah matahari tenggelam.. Sehingga terlepas pandang, cara mereka, pemikiran mereka itu membawa kita lebih jauh dari ajaran islam. Mungkin kita rasa bersyukur kerana tidak diperangi seperti di negara islam lain.. Namun, kita x sedar, dalam senyap2, pemikiran kita dan masyarakat di tanah air dijajah.. Dan, layakkah kita untuk mengatakan kita merdeka, pabila saudara-saudara seaqidah kita masih terus berjuang membebaskan islam di tanah air mereka?
Apakah jawapan yang mampu kita berikan pabila di mahkamah Allah nanti kita disoal, di mana usaha kita untuk membantu menegakkan kalimahNya dan membantu saudara-mara seaqidah kita..?
___________________________________
Penghujung bulan Ogos kian tiba..
menjadi penantian setiap rakyat yang setia
Tidak sabar untuk memberikan penghormatan
Bagi para tokoh yang berjuang di medan pertempuran

Merdeka! Merdeka..!
Laungan, sorakkan di julangkan
di saat jarum saat bergerak ke angka 12
Gelak ketawa, diiringi perlakuan yang menjolok mata
Adakah ini cara penghormatan kepada para pejuang kita?

Sedang kita bergembira di tanah air tercinta
Terasa bebas dari belenggu yang mengikat jiwa
Leka dengan ni'mat dan kesenangan yang ada
Lupa minda kita dikawal oleh musuh yang merancang sentiasa

Bila digerakkan dari lena yang disemai mimpi yang berbunga pada hati
Hati menangkis kebenaran yang disedarkan pada diri
Takut untuk menerima hakikat sebenar yang terjadi
Kerna enggan mimpi yang indah dirobohkan oleh hakikat di sisi

Sujud kita hanya untuk Yang berhak menerimanya
Bukan pada mereka yang menguasai dunia dan minda kita
Adakah kita hanya akur apabila disuruh membatasi agama?
Di mana kita letakkan hak suruhanNya dalam hidup kita?

Sujud kita hanya satu,
dan tidak akan lebih dari itu
Sujud padaNya, membebaskan segala ikatan dunia di jiwa
Sujud pada kuasa manusia, hanya mengeratkan rantai yang
mencekik leher kita..

Dua Pilihan, yang perlu diputuskan..
padaNya Yang Maha Adil, Maha Menguasai Segala-galanya
atau pada manusia yang mencambahkan penindasan manusia

Lantas, layakkah kita melaungkan pengucapan MERDEKA!
bila minda kita dijajah dengan gaya pemikiran Barat
bila hati kita dirantai jauh dari ingat pada tuhan, Allah swt
bila perbuatan kita mengikut pemakaian ahli neraka membara
bila kata-kata kita hanya membawa durjana kepada diri di akhirat sana
Dan apabila diri kita, hanya memakai sarung yang tertulis islam, tetapi isi di dalamnya tidak tergambar pun cara hidup seorang islam.

Ibarat pisang yang dibuka kulit luarnya, dan apabila dilihat isinya, sudah hitam, lembik, tidak menyerupai pisang yang sebenarnya..

Di manakah kita sebenarnya..?
Merdeka atau Perlu berusaha agar layak mengucapkannya..

Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.