5 August 2007

Ingati Kematian, Pendekkan Angan-Angan

'Sesuatu yang pasti itu sememangnya dekat.
Sesuatu yang tidak pasti itu jauh.'

Contoh, apabila kawan kita hendak datang ke rumah, tetapi dia tidak pasti akan datang ke tidak bergantung kepada urusannya di tempatnya. Jadi, kita pula menunggu dia. Tak sampai-sampai.. walaupun baru sejam berlalu, bagaikan sudah semalaman menunggu. Kerana kita tidak pasti kawan kita itu akan hadir atau tidak.

Suatu yang pasti. Contoh. Dalam minggu exam. Paper physics lagi seminggu. Kita pun plan awal-awal nk study chapter mana bila dan sebagainya. Seminggu itu lama untuk perpare 1 paper. Sedar x sedar, tengok2 esok dah exam physics.. X ke cepat masa berlalu kerana kita sudah pasti ia akan terjadi

Contoh-contoh tersebut hanya sekadar gambaran yang kurang tepatnya.

Pada hakikatnya, kita selalu mengejar benda yang kurang pasti berbanding yang 100% pasti.

Ajal, maut, mati.. Suatu qada' yang telah ditetapkan Ilahi bagi setiap mahkluknya. Sebelum kita diberi jasad untuk dilahirkan ke dunia ini, sudah ada garis atau timeline bandwith hidup kita.

Dilahirkan-----------------------------> Pengakhiran..mati

Sehari demi sehari berlalu. Biarpun kita tidak bergerak dari posisi kita pada malam tadi, sebenarnya hidup kita sudah melangkah jauh mendekati hari kita akan mati.

Dunia yang akan kita tinggalkan lebih kita kejari dari menghadapi mati yang semakin mendekati..

Seringkali kita dengar nasihat dari golongan intellect, jadilah orang yang seimbang dunia dan akhiratnya.

Nama pun nasihat dari golongan intellect. Jadi tidak pantas bagi kita hanya ambil nasihat itu on the surface sahaja. Ada maksud tersirat di sebalik nasihat tersebut.

Maka, tidak wajar bagi kita untuk spend our life 50%for dunia, 50% for akhirat. Dari segi matematiknya, memang betul, seimbang.. Cuba kita fikirkan. Telah Allah berfirman bahawa kehidupan di dunia ini bagaikan setengah hari, yakni sepetang atau sepagi hari apabila kita nak bandingkan dengan kehidupan di akhirat. (An-Naziyat)
So, dari sudut matematik, akhirat is almost like infinity, where else dunia ni sekadar 0.5 hari sahaja.
Kalau kita wat pecahan, memang undefined la kan.
Samakah
equal 50%spend for dunia and akhirat jika 1/(2*infinity) = (kehidupan dunia)/ (kehidupan akhirat)
(50%for dunia)/(50%for akhirat) is not equal to (0.5day in dunia)/(infinite days in akhirat)..

Jadilah orang yang bijaksana. Yakni mereka yang bekerja untuk kehidupan selepas akhirat.

Ingatlah, dunia ini adalah medan amal bukan balasan, dan akhirat adalah medan balasan bukan amal..

Beramalah sepenuhnya di dunia, untuk balasan yang hakiki di akhirat nanti.
Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.