22 August 2007

38 wajibat ana sebagai muslim

Ni semua benda-benda yg perlu ana buat, kewajipan kepada ana sebagai seorang muslim. Mode Reflek diri.
----------------------------------------------------------

1. Ana perlu mempunyai wirid al-Quran harian iaitu tidak kurang dari satu juzuk sehari dan berusaha agar tidak menghabiskannya dalam masa yang tidak lebih dari sebulan dan tidak kurang dari tiga hari.

2. Ana perlu perelokkan bacaan al-Quran, mendengar dan mentadabbur makna-maknanya. Perlu pelajari sirah yang suci dan juga sejarah para salaf, paling kurang bacalah kitab `Humatul Islam'. Perlubanyakkan membaca hadis Rasulullah s.a.w, menghafal paling kurang empat puluh hadis dan seboleh-bolehnya hendaklah hadis empat puluh pilihan an-Nawawi. Ana juga perlu mempelajari usul akidah dan cabang-cabang fekah.

3. Sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan dan mendapat rawatan setiap penyakit yang dihidapi. Pentingkan unsur-unsur kekuatan dan pencegah penyakit jasmani dan menjauhi unsur-unsur pembawa penyakit.

4. Jauhkan dari terlampau banyak minum kopi, teh dan lain-lain minuman penyegar, jangan minum minuman-minuman ini kecuali ketika darurat. Janganlah sekali-kali merokok.

5. Hendaklah menjaga kebersihan dalam setiap perkara sama ada dalam tempat tinggal, pakaian, makanan, badan dan juga tempat kerja. Agama dibina atas asas kebersihan.

6. Hendaklah bercakap benar dan jangan sekali-kali berdusta.

7. Hendaklah jujur dalam menunaikan segala janji dan kata-kata. Janganlah melanggarnya walaupun apa juga keadaan.

8. Hendaklah menjadi seorang yang berani dan tabah menanggung kesusahan. Keberanian yang paling utama adalah berterus terang dalam perkara benar, merahsiakan perkara yang rahsia, mengakui kesilapan sendiri dan insaf diri dan mampu mengawal diri ketika marah.

9. Hendaklah sentiasa warak, tenang dan serius. Namun, kewarakan tidak menghalang ana dari gurauan benar ataupun suka dalam senyuman.

10. Hendaklah menjadi seorang yang pemalu dan sensitif, kuat terkesan dengan kebaikan dan keburukan iaitu bergembira dengan yang pertama (kebaikan) dan sedih dengan perkara yang kedua (keburukan). Hendaklah juga menjadi seorang yang tawadhuk dalam perkara yang bukan mendatang kehinaan, ketundukan dan pendustaan. Hendaklah meminta gaji yang kurang dan gaji sebenarnya agar kamu dapat sampai kepada darjat tawadhuk.

11. Hendaklah sentiasa adil dan benar dalam setiap keputusan yang diambil dalam apa jua keadaan. Kemarahan ana kepada sesuatu perkara janganlah pula ana lupakan kebaikan-kebaikan yang ada. Ana juga perlu ada perasaan redha pada satu perkara dan janganlah perasaan itu menutup segala kejahatan yang ada. Janganlah pertelingkahan menjadikan ana melupakan segala nilai murni. Bercakap benarlah walaupun dalam perkara yang menyentuh diri sendiri ataupun menyentuh orang yang terdekat dengan ana sekalipun perkara yang ana tidak sukai.

12. Hendaklah menjadi seorang yang sentiasa cergas, ringan tulang dalam khidmat awam, gembira dan riang jika dapat memberikan bantuan dan khidmat kepada orang lain. Ziarahilah orang sakit, bantulah orang yang berhajat, menanggung orang yang lemah, membantu orang yang ditimpa kemalangan walaupun hanya dengan perkataan yang baik, juga sentiasalah bersegera dalam amalan kebaikan.

13. Hendaklah menjadi seorang yang menyayangi, memuliakan, memaafkan, mengampun dan berlembut dengan manusia mahupun binatang. Hendaklah mempunyai interaksi dan akhlak yang elok dengan semua manusia, memelihara adab Islam dan kemasyarakatan, mengasihi kanak-kanak, memuliakan dan menghormati orang tua, melapangkan majlis, tidak menyelinap dan merisik hal orang lain, tidak mengumpat dan bertempik-tempik, meminta izin jika ingin masuk dan keluar dan lain-lain lagi.

14. Bijak dalam membaca dan menulis, banyak mentelaah perutusan-perutusan, akhbar, majalah Ikhwan dan sebagainya. Hendaklah membuat perpustakaan sendiri walaupun kecil, hendaklah kamu menjadi seorang yang pakar dalam bidang ilmu dan seninya jika kamu seorang ahli takhasus. Hendaklah kamu menguasai hal-ehwal am Islam yang membolehkan kamu menggambarkannya dan memutuskan sesuatu hukum yang bertepatan dengan kehendak fikrah.

15. Hendaklah berkecimpung dalam kerja ekonomi walaupun banyak mana harta kamu. Hendaklah melebihkan kerja sendiri walaupun dengan pendapatan yang kecil, juga hendaklah menumpukan segala usaha kamu kepadanya walaupun setinggi mana tahap pencapaian akademik kamu.

16. Jangan terlalu mengharapkan kerja dengan kerajaan dan hendaklah ana menganggapnya sebagai pintu rezeki yang paling sempit. Jangan pula ana menolaknya jika diberikan peluang. Janganlah melepaskannya kecualilah jika ia bertentangan secara langsung dengan kewajipan dakwah.

17. Perlu ana pastikan ana melakukan pekerjaan dengan seelok eloknya,penuh ketekunan, dedikasi, tidak menipu dan tepat pada masanya.

18. Hendaklah ana menjadi seorang yang bijak menunaikan hak-hak kewajipan ana, hendaklah menunaikan hak-hak orang lain dengan sempurna tidak ada kekurangan, dan tidak sekali menangguh-nangguh.

19. Hendaklah jauhkan diri dari sebarang jenis perjudian walaupun apa tujuan lain di belakangnya, jauhkanlah diri dari segala punca pendapatan yang haram walaupun sebanyak mana keuntungan segera yang akan didapati.

20. Jauhkan diri dari riba dalam segala bidang muamalah dan bersihkan diri anda keseluruhannya dari riba.

21. Hendaklah memberikan khidmat positif kepada perkembangan ekonomi Islam dengan mendokong segala kilang-kilang dan binaan-binaan ekonomi Islam. Jagalah setiap sen duit agar jangan terjatuh ke tangan pihak bukan Islam walau apa jua keadaan. Janganlah makan dan pakai kecuali dari makanan dan pakaian buatan negara Islam kamu sendiri.

22. Memberikan saham sebahagian dari harta ana untuk dakwah, menunaikan zakat yang diwajibkan ke atas kamu dan jadikanlah ia sebagai hak yang maklum kepada orang yang berhajat dan ketiadaan harta benda, walau sekecil manapun pendapatan ana

23. Hendaklah mempunyai simpanan harta walaupun sedikit untuk masa kecemasan dan jangan sekali-kali terjerumus dalam membelanjakannya kepada perkara yang hanya bersifat menyempurnakan.

24. Hendaklah berusaha sedaya upaya untuk menghidupkan segala adat-adat Islam dan menghapuskan adat-adat asing dalam seluruh aspek kehidupanmu. Antaranya: adat-adat yang bersangkutan dengan salam alu-aluan, bahasa, sejarah, fesyen, perkakas rumah, jadual kerja dan rehat, makanan dan minuman, jadual sampai dan bertolak, kesedihan dan kesukaan dan sebagainya. Hendaklah sentiasa merujuknya daripada sunah Rasulullah s.a.w yang suci.

25. Hendaklah memulaukan segala mahkamah tradisi dan setiap hukuman yang tidak menepati Islam, memulaukan sepenuhnya kelab-kelab, media massa, kumpulan, sekolah-sekolah dan pertubuhan
yang menentang fikrah ana.

26. Sentiasa bermuraqabah kepada Allah Taala, mengingati akhirat dan bersedia untuknya. Perlu untuk ana melakukan segala perkara yang menyampaikan ana kepada keredhaan Allah dengan penuh kebanggaan dan keazaman. Hendaklah mendekatkan diri kepada Allah dengan ibadat-ibadat sunat seperti sembahyang malam, berpuasa sekurang-kurangnya tiga hari sebulan, memperbanyakkan zikir hati dan lidah dan menyertakan doa yang muktabar dalam setiap keadaan.

27. Hendaklah ana sentiasa menjaga kesucian badan kamu dan sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk kebanyakan waktu.

28. Perelokkan sembahyang ana, sentiasa mengerjakannya pada waktunya dan menjaganya agar ditunaikannya secara berjemaah dan di masjid sejauh kemampuan ana.

29. Hendaklah berpuasa Ramadhan, mengerjakan haji jika mampu dan berusaha ke arahnya jika ana masih belum ada kemampuan mengerjakan haji.

30. Sentiasalah sematkan niat untuk berjihad dan perasaan mencintai syahid dalam hatimu dan bersedialah untuk itu sedaya upaya ana

31. Hendaklah sentiasa memperbaharui taubatmu, sentiasa beristighfar, melepaskan diri dan dosa-dosa kecil tambahan pula dosa-dosa besar. Hendaklah ana memperuntukkan sedikit masa untuk menghitung amalanmu sama ada baik ataupun tidak, sebelum tidur, berwaspada dari membuang masa kerana masa adalah kehidupan, tidak menghabiskannya dalam perkara yang tidak berfaedah dan hendaklah kamu warak dalam perkara yang syubhat supaya ana tidak terjerumus dalam perkara yang haram.

32. Hendaklah ana berjihad keras melawan nafsu kamu supaya dapat mengawalnya, hendaklah kamu menundukkan pandangan, mengawal perasaan kamu, melawan dorongan seks dalam diri dan hendaklah sentiasa mencari perkara yang halal dan baik dan menghalang ana dari melakukan perbuatan yang haram.

33. Hendaklah ana menjauhkan diri sejauh-jauhnya dari arak dan perkara yang memabukkan dan menghilangkan kewarasan dan yang seumpamanya.

34. Hendaklah menjauhkan diri dari kawan yang jahat dan merosakkan begitu juga dari tempat-tempat maksiat dan dosa.

35. Hendaklah memerangi tempat-tempat yang melalaikan lebih-lebih lagi dari mendekatinya. Ana juga hendaklah menjauhkan diri dari segala bentuk kemewahan.

36. Hendaklah ana mengenali dengan terperinci setiap individu dari kalangan anggota katibah ana dan juga kenalkan diri ana sedetailnya kepada mereka. Tunaikanlah hak-hak persaudaraan secara sempurna seperti kasih sayang, menghargai saudara, bantu membantu dan melebihkan mereka dari diri kamu sendiri (ithar). Hendaklah sentiasa menghadiri perjumpaan mereka dan janganlah ponteng darinya kecualilah dengan sebab keuzuran yang memaksa. Hendaklah sentiasa melebihkan mereka dalam setiap interaksi ana.

37. Hendaklah merungkaikan segala ikatan ana dengan segala pertubuhan atau jemaah yang tidak ada hubungkaitnya dengan kepentingan fikrah kamu khasnya jika ana diperintahkan sedemikian.

38. Berusaha untuk menyebarkan dakwah ke setiap pelusuk bumi ini dan hendaklah sentiasa memberitahu pimpinan ana apa sahaja keadaan yang ana hadapi dan janganlah membuat sesuatu yang memberikan kesan yang besar kecuali dengan izin, hendaklah sentiasa berada dalam hubungan sama ada ruh atau amali dengan pimpinan. Ana hendaklah sentiasa menganggap diri ana sebagai seorang tentera di pengkalannya yang sentiasa bersedia menunggu arahan.


Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.