23 July 2007

sekadar ingatan

“Di situlah diuji orang-orang mu’min dan digoncangkan (hatinya) dengan goncangan yang dasyat” {al-ahzab,33:11}

“tetapi barangsiapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia” {asy-Syura, 42:43}


Janganlah mengeluh apabila hujan..kerana sejuk, basah, baju di jemur tidak kering.. kerana, sesungguh Allah telah berfirman bahawa hujan diturunkan sebagai rahmat dariNya kepada makhluk2 di muka bumi

“Dan di antara tanda-tanda (kebesaranNya) adalah bahawa Dia mengirimkan angin sebagai perbawa berita gembira (awan yg tebal ditiupkan angin lalu menurunkan hujan) dan agar kamu merasakan sebahagian dari rahmatNya dan agar kapal dapat berlayar dengan perintahNya serta kamu dapat mencari sebahagian dari kurniaanNya, dan agar kamu bersyukur”

setiap kali kamu dihujani, janganlah mengeluh, bahkan sertamerta mengucapkan syukur kerana Allah telah menurunkan rahmatNya kepada kamu. Tanpa hujan, akan keringlah lautan, hidupan akuatik x dpt hidup, kering sungai2, air terjun, tidak dapat nak berkelah di situ, tanaman2 mati kehausan, tidak dapat kita menikmati keenakan nasi, buah-buahan, sayuran.. lembu-lembu, kambing-kambing tidak dapat makan rumput..jadi tiada lagi makanan daging untuk kita.. empangan kering..water scarcity, kita tak dpt mandi, basuh baju, tiada elektrik kerana air tiada untuk menjana kuasa elektrik, panas terik..kulit kering, kanser kulit..dll


“Maka apabila manusia ditimpa bencana, dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan nikmat Kami kepadanya dia berkata, “Sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana kepintaranku”. Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakn mereka tidak mengetahui” (az-Zumar 39: 49)
Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.