3 April 2007

Pemuda

Ini adalah apa yang ana belajar dulu, pada musim luruh tahun lepas. Ingin ana berkongsi pada semua, sebagai ingatan untuk diri ana juga.

Apa itu pemuda?
a)pemuda adalah golongan yang telah mencapai akil baligh sehingga mencapai umur 40 tahun
b)di mana jika dilihat, mereka inilah golongan yang terkumpul segala kekuatan yakni dari segi
1)kemampuan berfikir
2) kemantapan dari segi fizikal
c)oleh itu mereka ini digelar sebagai nadi umat-penggerak umat. Bila kita berkata nadi, yang jelas tergambar di fikiran kita ialah nadi pada diri kita, yang memberitahu bahawa seseorang itu masih lagi bernafas pada saat itu. Jadi, nadi umat beerti, pemuda lah yang bakal menentukan hala tuju umat di masa depan.

Ciri-ciri Pemuda
Sebagai nadi umat, perlu diketahui ciri-ciri yang perlu ada pada para pemuda. Antaranya ialah:
-bertenaga
-sihat
-bijak/smart
-berzuriat
-tidak nyanyuk

Jika dilihat, setiap negara bergantung kepada pemuda atau belia dalam negara tersebut untuk memajukan dan memastikan masa depan masyarakat dalam negara tersebut terjamin. Begitu juga dalam islam. Pemuda adalah harapan bangsa kerana para pemuda mempunyai kapasiti untuk melakukan sesuatu jika dibandingkan dengan mereka yang sudah tua dan uzur. Salah satu contoh pemuda islam yang terbaik ialah Sultan Muhammad Al-Fatih. Beliau telah mengetuai tentera islam pada waktu itu untuk membuka kota Constatine. Contoh lain, lihat sahaja pada Zainab Al-Ghazali. Beliau menjadi penggerak kaum Muslimin di Mesir. Pada usia 18tahun, beliau terlah mengasaskan persatuan wanita-wanita islam. Bandingkan dengan kita sekarang. Apa yang telah kita sumbangkan untuk islam pada usia itu? Jelas bahawa pemuda adalah golongan yang penting dan menjadi tumpuan semua pihak.

Jesteru itu, apa yang perlu kita lakukan, sebagai golongan pemuda pada zaman ini?

Dalam suatu hadis yang telah diberikan,
"Kalau Allah menyayangi seseorang itu, Allah akan beri kefahaman kepadanya."
(kefahaman ad-deen)


Pertama, perlu kita memahami da'wah yang betul. Sebagai da'ie, tugas kita menyeru (da'a). Para musuh kita sedang menyerang kita dari pelbagai aspek. Sukar untuk kita sedar akan hakikat ini, kerana serangan mereka bukan seperti serangan pada zaman dulu, bertempur di medan perang, akan tetapi ini merupakan serangan ideologi kepada para muslimin.
Mereka berusaha menjauhkan kita dari al-Quran dengan 5S
Perlu kita sedar akan hakikat ini dan saling mengingati antara satu sama lain kerana manusia itu sifatnya mudah lupa.

Sekarang bila sudah tahu taktik musuh kita, islam yang macamane kita nak bawak?
Rujuk pada surah al-Baqarah, ayat 208,
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu."

dan al-imran, ayat 85.

Allah sendiri telah berfiman, perlu kita mengambil islam secara keseluruhan dan bukan sebahagian. Satu analogi yang ramai dah tahu, yakni 2 tempat yang terpisah oleh satu sungai yang besar. Diberi pilihan pada setiap mereka yang bergelar insan untuk memilih satu sahaja di antara dua tempat itu. Mana mungkin seseorang itu dapat bertahan lama berjalan dengan kedua-dua belah kakinya pada kedua-dua tempat. Yakni satu kaki di sebelah kanan sungai, dan yang lagi satu di sebelah kiri sungai. Lambat laun, tuan punya badan dan kaki itu akan terjatuh ke dalam sungai. Begitu juga islam, mana mungkin mereka yang mengaku islam mengambil islam pada sebahagian atau aspek tertentu sahaja dan meninggalkan islam pada aspek lain.

Dalam surah an-Nisa(4:150-152),
diterangkan bahawab orang kafir beriman kepada sebahagian (islam) dan menolak sebahagian. Jadi, tanya pada diri sendiri, kalau kita turut mengambil islam sebahagian dan menolak yang lainnya, tidak samakah kita seperti orang kafir? Apakah perbezaan kita yang mengaku islam dari mereka yang kafir sedangkan kita seperti mereka?

Islam yang sebenarnya adalah seperti mana dalam Al-Quran dan juga sunnah. Jikalau kita lihat pada masyarakat sekarang, fokus atau tumpuan lebih diberikan pada benda-benda yang remeh/fizikal walhal asas atau tapak islam pun masih goyah dikalangan masyarakat kita.

Tanpa perlu ditegaskan lagi, jelas bahawa tanggungjawab kita perlu dilaksanakan. Firman Allah dalam al-Fushshilat(41) ayat 33,
Dan Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, "sungguh, aku termasuk orang-orang Muslim (yang berserah diri)"?
Jelas bahawa tugas menyeru kepada Allah itu dipandang tinggi dan diamanahkan kepada setiap muslimin. Adakah wajar untuk kita berpaling dari tugasan tersebut sedangkan sudah jelas Allah menyuruh kita berbuat demikian?

Ingatlah kepada 7 anak tangga. Satu misi, satu matlamat. Ke arah mencapai keredhaanNya.
Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.