Bahkan, jenis perhubungan antara sekelompok manusia itu dilihat berdasarkan kalimah tayyibah ini. Kekuatannya melebihi pertalian darah, kekeluargaan apatah lagi sekadar perhubungan kawan.
Jika dilihat secara kasar, kalimah syahadah ini, adalah suatu kalimah yang tidak pendek, mahupun panjang, senang untuk diungkapkan oleh seseorang.
'Tidak ada tuhan selain Allah, dan Muhammad itu pesuruh utusan Allah"
Namun, mengapa ramai yang tidak mahu membenarkan, mengucapkan, mengaku akan kalimah ini?
Sebelum seseorang itu mengangkat kalimah ini di bibirnya, tertutuplah pintu syurga buatnya dan terbuka luas pintu ke neraka meskipun hanya kebaikan sahaja yang dilakukannya semasa hidup di dunia. Akan tetapi, sekali dia mengaku dan percaya akan kalimah ini, maka pintu syurga terbuka untuknya, dan dia diberi peluang untuk berusaha mendapatkan jalan yang pintas ke mana-mana tingkat syurga. Alangkah rahmatNya kasih Allah itu pada hamba-hambaNya yang percaya kepadaNya.
Walaubagaimanapun, jika dilihat mereka yang mengaku muslim pada hari ini. Biarpun kalimah tayyibah yakni pengakuan syahadah mereka itu disuarakan dari bibir mereka berulang-ulang kali setiap hari, namun, perangai mereka di luar tempat solat adalah seperti mereka yang tidak pernah mengucapkan kalimah ini, yakni berperlakuan seperti mereka yang kafir. Mengapa ini terjadi?
Apabila berhadapan dengan mereka dan ditujukan persoalan ini kepada mereka, ramai yang akan pantas menunding jari kepada kedua orang tua mereka, media massa, rakan-rakan dan tidak mahu mengaku semuanya adalah dari kesilapan sendiri. Tidakkah mereka sedar, pengucapan kalimah ini adalah individu, bukannya melalui perantaraan dengan keluarga mahupun rakan sebaya.
Mari kita lihat suatu contoh terlebih dahulu.
Apabila kita lapar, dan ingin makan. Apakah kita akan meletak ayam mentah atas pinggan dan mengucapkan 'masaklah, masaklah' puluhan kali? Sampai bilapun ayam itu tidak akan masak dengan sendirinya. Tidakpun, apabila kita kesejukan di waktu malam, adakah cukup sekadar kita memanggil 'selimut, selimut' sahaja? Selimut itu tidak akan datang kepada kita.
Biarpun kita tahu mengenai 'placebo' effect, di mana ia digunakan dalam bidang perubatan, namun, tiada placebo effect dalam kes-kes seperti ini. Begitu juga dengan pengucapan kalimah syahadah ini. Sekiranya bibir hanya berbicara kalimah ini 'Lailahailallah, Muhammadurasulullah' setiap masa, tetapi hati tidak tahu apa erti di sebaliknya, tiadala gunanya.
Pengertian kalimah ini harus diambil dari segi tersirat dan tersurat. Pada luaranya, apabila mengucapkan kalimah ini, kita mengaku dan percaya tiada tuhan selain Allah dan hanya Allah berhak disembah dan nabi Muhammad itu persuruh Allah. Tersirat di sebalik kalimah ini, apabila tiada kita sudah percaya akan hanya Allah, maka kita telah berjanji bahawa seluruh hidup,mati kita dilakukan hanya untuk Allah, untuk mencari keredhaanNya. Tidak lantas bagi kita untuk mengambil selain Allah, seperti percaya kepada horoscope, bomoh dll. Maka dengan tidak langsung, seseorang itu akan menjadi seorang muslim yang praktikal, melahirkan perbezaan di antara dia dengan mereka yang kafir.
Perjanjian dengan Ya Rabb adalah suatu amanah yang penting. Bayangkan kita telah berjanji dalam suatu syarikat untuk menjadi amanah, tetapi kita telah memutuskan untuk ingkar pada perjanjian tersebut dan telah diketahui oleh pengarah syarikat itu. Lantas, kita akan meringkuk di dalam penjara untuk mungkin lebih dari 10 tahun. Adakah kita sanggup untuk menghabiskan hidup kita dalam penjara, dan di seksa.
Sekarang, bayangkan, setiap kali kita solat, pasti kita telah memperbaharui perjanjian kita dengan Allah. Kemudian, selesai sahaja solat, kita melakukan perkara-perkara yang tidak diredhaiNya, bermakna kita sudah melanggar janji kita. Pasti sahaja Allah mengetahui segala perbuatan kita kerana Allah itu Maha Mengetahui. Balasannya mungkin kita tidak nampak sekarang, tetapi bila tiba hari pembalasan, sanggupkah kita untuk ke penjara di akhirat nanti? yakni Neraka Jahanam yang teramat panas dan pedih siksaan di sana? Sehari pun kita tidak akan mampu untuk bertahan di sana, dan ketahuilah, sehari di akhirat itu bagaikan 100 tahun hidup di dunia. Jadi, apabila kita hendak melaksanakan sesuatu, lihat dahulu bahawa adakah ia melanggar perjanjian kita denganNya.
'berfikir sebelum bertindak'
Adakah sudah jelas bagi kita apa itu sebenarnya kalimah tayyibah?
Ia adalah satu dasar kebenaran di mana ia menekankan bahawa Pemilik dan Penguasa seluruh alam semesta ini adalah Allah sahaja dan semua makhluk di alam ini bersaksi akan kebenaran ini.
"Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh dalam kehidupan di dunia dan di akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan memperbuat apa yang dia kehendaki".(Surah Ibrahim: Ayat 27).
Akan tetapi, kenapa kita yang telah mendukung kalimah ini dengan hati yang ikhlas dan betul berada dalam kehinaan di dunia ini?
Cuba kita lihat di sekeliling kita. Adakah semua yang bergelar muslim mendukung kalimah ini sebenar-benarnya? Bahkan jika kita perhatikan, ramai lagi yang percaya kepada kepercayaan karut, syirik, yang diturunkan dari satu generasi kepada generasi yang lain. Ada juga yang tunduk kepada kuasa dunia dan bukan pada kuasa Allah. Melebihkan kepentingan dunia dari neraca langit. Jadi, adakah wajar untuk Allah beri kita kuasa, satu martabat yang tinggi di dunia sedangkan kita tidak mendukung syariatNya?
Fikirkanlah kembali.
Kita harus berusaha untuk mengubah mereka di sekeliling kita di samping mengubah diri sendiri.
(rujukan: Manhaj Hidup Muslim- Kompilasi karangan sayid al-Qutub dan Al-Maududi)
Akan tetapi, kenapa kita yang telah mendukung kalimah ini dengan hati yang ikhlas dan betul berada dalam kehinaan di dunia ini?
Cuba kita lihat di sekeliling kita. Adakah semua yang bergelar muslim mendukung kalimah ini sebenar-benarnya? Bahkan jika kita perhatikan, ramai lagi yang percaya kepada kepercayaan karut, syirik, yang diturunkan dari satu generasi kepada generasi yang lain. Ada juga yang tunduk kepada kuasa dunia dan bukan pada kuasa Allah. Melebihkan kepentingan dunia dari neraca langit. Jadi, adakah wajar untuk Allah beri kita kuasa, satu martabat yang tinggi di dunia sedangkan kita tidak mendukung syariatNya?
Fikirkanlah kembali.
Kita harus berusaha untuk mengubah mereka di sekeliling kita di samping mengubah diri sendiri.
(rujukan: Manhaj Hidup Muslim- Kompilasi karangan sayid al-Qutub dan Al-Maududi)