12 February 2007

Gelora hati

Ya Allah, pada malam ini, aku berfikir kembali

Esok akan sampai rakan2 baruku..adakah mampu untuk aku menyampai risalah Mu kepada mereka. Berikanlah kekuatan kepadaku..Mampu untuk ku berdoa secara lisan..namun lebih terkesan di hati bila aku mengisahkannya untuk tatapan diri..Engkau lebih memahami diri ini..

Esok juga akan aku berjuang di medan peperiksaan selama 3 jam..dan selama itu ku pohon rahmat mu.. Ku pohon kefahaman yang engkau berikan kepada mereka yang telah engkau beri petunjuk kepada mereka, kefahaman para nabi dan rasul..berikanlah ingatan aku seperti mereka, walaupun aku mengetahui mereka itu ma’sum..dan bukan aku pinta untuk jadi ma’sum seperti mereka, Cuma hambaMu ini ingin memohon agar dikuatkan ingatannya, dicerdaskan mindanya..diberanikan hatinya..

Supaya boleh digunakan untuk menyampaikan kebenaran yang lama ternyata, terbentang di depan mata, segenap manusia..kerana buta hati, semuanya kabur dan samar2 kelihatannya..

Ya Allah..segala pujian hanya layak untukMu

Hati ini sayu pabila terdengar bacaan kalimahMu

Kerana tanpa mengetahui maknanya saja sudah mampu menyentuh jiwaku. Apatah lagi pabila membaca kata2 mu, peringatan dariMu, amaran azabMu kepada mereka yang ingkar, janjian taman2 syurgaMu kepada yang beriman..

X terkata rasanya...

Ya Allah.. berikanlah petunjuk mu kepada ibu bapaku, ahli keluarga ku..Ku tahu engkau memberi hidayah kepada sesiapa yang engkau hendaki..dan ku pohon agar kedua ibu bapaku termasuk di dalam orang2 yang engkau hendaki beri hidayah kepada mereka..janganlah engkau kembalikan mereka kepadaMu di dalam keadaan kufur kepadaMu..ampunkan dosa2 mereka..sesungguhnya, mereka mangsa kepada dunia..sediakan tempat bagi mereka di syurga dan bukan di neraka..Janganlah engkau perhalusi hisab mereka di hari pengkiraan nanti.. Kasihilah mereka lebih dari kasih mereka kepadaku.. Jika ada yang perlu engkau kurangi dalam ni’matMu kepada mereka untuk mereka kembali kejalan kebenaran, kurangkanlah yang perlu.tapi aku memohon engkau beri petunjuk kepada mereka di dalm keadaan mereka sekarang agar mereka dapat membantu menegakkan islam di tanah air dengan ni’mat,rezeki mereka sekarang..

Ya Allah, Ya Rabb Alamin.. dengarkanlah rintihan hambamu ini.. perkenankanlah pintaanku..

Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.