23 January 2007

penampilan diri

Sebagai umat islam, kita memegang seolah2 satu banner, iaitu banner islam. Kebaikan, keburukan islam pada pandangan orang ramai bergantung kepada pemegang2 banner yakni kita. Jadi sebagai orang yang ingin mengajak orang ramai untuk mengamalkan, mempraktikkan islam totally dalam hidup mereka, gaya penampilan diri kita dan cara hidup kita haruslah melambangkan ciri2 seorang mukmin sebagaimana yang digambarkan di dalam Al-Quran dan Hadis.

Kadangkala kerana terlalu sibuk mengajak orang ramai kepada islam, sehingga lupa untuk berhemat diri. Pakaian yang tidak kemas, tidak bersih atau tidak berlandaskan syariat mungkin menjatuhkan lagi persepsi orang terhadap islam. Jadilah dai'e yang bukan sahaja mempelajari dan mendalami ilmu agama malah mempraktikkannya di samping berusaha menyampaikannya kepada orang lain..dalam erti kata lain, insan yang rabbani.

Teringat kepada cerita seorang ustaz di suatu majlis ilmu, di dalam sebuah rumah di pinggir bandar, ada 5 orang sahabat duduk bersama. Mereka tidak mempunyai mesin basuh, lantas mereka terpaksa mencuci pakaian menggunakan tangan sahaja. Namun, tidak pernah mereka mengeluh. Adapun suatu hari, salah seorang dari sahabat(A) itu merendam pakainnya dan bercadang untuk mencucinya petang nanti. Namun, apabila tiba petang, dilihat pakainnya sudah dibasuh dan sudah disidai. Meskipun mereka tinggal serumah, namun dia tidak mengetahui siapakah yang membasuh pakainnya. Dia menunggu untuk orang mengatakan bahawa dialah yang membasuh bajunya itu, tetapi tiada seorang pun yang berbuat demikian.
Jadi apabila sahabat(A) melihat ada baju yang direndam di dalam baldi, dia lantas mencuci pakaian tersebut dan menyidainya. Perkara ini berterusan,dari sahabat(A)-(E), sehingga mencuci pakaian untuk kawan2 yang lain sudah menjadi kebiasaan bagi setiap mereka.
Tibalah di suatu hari, mereka bersepakat untuk membeli mesin basuh kerana masing-masing sudah mula sibuk dengan kerja-kerja dari tempat pengajian. Pada hari mereka mendapat mesin basuh tersebut, salah seorang dari 5 sahabat itu telah mendapat tahu jiran mereka itu sangat miskin. Merupakan ibu tunggal kepada 8 orang anak2 kecil. InsyaAllah, kerana tarbiyyah diri yang mencukupi dalam diri mereka, mereka menghadiahkan mesin basuh itu kepada ibu tunggal itu. Mereka kembali membasuh baju dengan tangan.
Mesej yang ingin disampaikan ialah, ukhwah itu penting. Bersatu itu perlu. Jadilah insan yang rabbani. Yang peka dan sensitif kepada keadaan masyarakat sekeliling.

Berbalik kepada penampilan diri, gaya bercakap perlulah dengan berhemah. Tidak gertak, atau marah. Malah nada yang lembut dan senyuman di wajah mampu melembutkan hati-hati yang keras dengan izin Allah. Manusia ini dynamik dan kompleks. Setiap individu mempunyai citarasa yang berbeza. Berusahalah mengenali mad'u anda supaya anda dapat berbicara dengannya mengikut apa yang dapat diterimanya. Namun yang pasti, janganlah kerana arus dunia ini berubah, percakapan anak2 muda agak ganas, kita juga hendak berda'wah dengan bahasa mereka(yang tidak elok). Buruklah jadinya da'wah kita.
Watermark theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.